03

279 17 0
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"Ayah?"

"Ayah!" Daiyan menjerit dari kejauhan. Ingin dikejarnya tubuh Encik Hasnawi namun sayang apabila tuan empunya badan sudah memboloskan diri ke dalam kenderaan pacuan empat roda miliknya.

"Ayah, Daiyan tak salah ayah. Daiyan tak buat benda terkutuk ni. Ada orang yang perangkap Daiyan," Luahnya hiba sebaik sahaja badannya terjelepuk jatuh ke tanah. Itupun setelah Luth mendakap erat tubuhnya yang berura - ura untuk mengejar Toyota Harrier hitam metalik itu.

Daiyan berharap dia mampu menjelaskan semuanya kepada sang ayah namun Encik Hasnawi nampaknya lebih memilih untuk mempercayai hal yang terzahir di hadapan matanya sahaja.

Kalau dahulu, Daiyan masih merasakan dia mempunyai peluang tipis untuk menjernihkan semula hubungannya dengan si bapa tetapi segalanya seolah mulai sirna.

"Ayah...." Ngongoi Daiyan dengan sendu yang masih bersisa. Satu kenyataan pahit yang dia perlu hadapi kini iaitu menjadi yatim piatu sebelum tiba waktu.

Luth yang masih setia menjadi tempat Daiyan sandarkan tubuh lantas meramas perlahan bahu isterinya.

Yakin dengan keadaan Daiyan yang beransur - ansur tenang, barulah tubuh kecil itu dipimpin tangannya ke pintu kereta.

"Terima kasih Luth," Dalam keadaan wajah yang masih comot dengan air mata, Daiyan tetap gagahkan bibirnya untuk melorek senyum kepada Luth atas keprihatinannya.

Luth tidak berminat memberikan sebarang respons. Dia hanya berlalu terus ke arah pintu pemandu.

Enjin kereta dihidupkan. Selepas gear diturunkan, Lexus LC merah garang itu mula meninggalkan pekarangan pejabat agama.

***

Daiyan mengerling Luth. Satu keluhan panjang dilepaskan tak lama kemudian. Bukannya dia tidak menyedari perubahan lelaki itu tika ini.

Wajah yang dahulunya sentiasa manis dengan senyuman kini kelihatan keruh. Mulutnya juga tidak seringan beberapa jam yang lepas. Luth lebih memilih untuk fokus pada pemanduannya sahaja.

Lain, Luth yang berada di sisinya sepertinya datang dari dimensi yang berbeza! Daiyan buat satu kesimpulan sendiri.

"Luth?" Daiyan akhirnya memilih untuk bersuara sekali gus memecahkan kesunyian antara mereka.

Senyap, tiada sebarang balasan.

"Awak marahkan saya?" Daiyan mencuba lagi.

SKRETT!!

Luth secara tiba - tiba membelok pantas ke bahu jalan yang berdekatan tanpa memberikan Daiyan sebarang amaran.

Daiyan yang berada dalam keadaan tidak bersedia mengaduh kesakitan saat dahinya mencium dashboard kereta hasil tindakan tak terduga Luth itu.

Dahinya disentuh perlahan. Pasti bakalan wujud kesan benjol di sekitar kawasan itu nanti.

"Soalan bodoh apa yang kau tengah tanya ni perempuan?" Luth menyoal, datar.

Daiyan pula terpempan saat mendengar kata ganti nama diri yang Luth gunakan terhadapnya tadi.

Kau, aku?

"Hebat betul rancangan kau, ya? Sampai sanggup lukakan diri sendiri semata - mata nak buat aku percaya dekat tembelang kau?" Luth kalih wajah, dipandang tajam kedua - dua belah tangan Daiyan yang telah berbalut itu.

"Awak merepek apa ni Luth? Kalau awak rasa saya yang punca semua benda ni jadi. Awak salah. Bukan awak seorang yang jadi mangsa tau. Saya pun....."

"Eh, diamlah! Kau fikir aku tak tahu motif kau? Yalah. Anak orang kaya mana pernah merasa susah dan sebab tu bila kau keluar je dari penjara, kau terus rancang macam - macam untuk dapatkan lelaki kaya semata - mata nak hidup senang, kan?" Caras Luth menyebabkan Daiyan terus mati kata.

"Dan yang malangnya, aku boleh tertipu dengan helah licik kau ni," Luth menyambung lagi.

Daiyan geleng kepala. Terkedu, tak tahu cara apa lagi yang harus dia gunakan untuk memberitahu hakikat sebenarnya dia sememangnya tidak bersalah.

"Daiyan. Kau dengar sini baik - baik," Usai sahaja Luth berkata sedemikian, Daiyan lekas - lekas menuruti permintaan itu. Dibuka luas pendengarannya. Mungkin disebabkan rasa gerun yang mula merajai diri kala ini.

"Kalau kau rasa matlamat kau dah tercapai lepas kau jadi isteri aku, kau silap besar. Awal - awal aku ingatkan kau," Luth berikan satu amaran kepada Daiyan. Pipi mulus itu ditepuk perlahan beberapa kali.

"Sebab mulai detik ni, aku akan buat hidup kau macam neraka. Sampai satu tahap kau menyesal sebab perangkap aku untuk jadi suami kau," Luth berbisik pula tepat di telinga Daiyan yang berbalut tudung bawal itu dengan keras.

Satu senyuman sinis terukir. Luth jarakkan tubuhnya daripada Daiyan yang masih kaku. Signal kereta diberikan sebelum dia meneruskan perjalanan.

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Sorry, chapter ni pendek dia tak macam selalu (*꒦ິ꒳꒦ີ)

Tuhan Akhiri DeritakuOnde histórias criam vida. Descubra agora