25

342 11 1
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"Kenapa Luth tak bagitahu awal - awal nak datang sini? Ni tak, tiba - tiba dah tercegat depan rumah. Nasib baik, ibu punya ceramah agama habis awal sikit hari ni," Ucap Puan Daliya, masih membahasakan dirinya 'ibu' meskipun Luth tidak berkesempatan menjadi menantunya.

Heh, tak menyempat sangat!

Luth pula hanya mampu tampal senyum nipis di bibir, dan dalam masa yang sama menadah telinga mendengarkan bebelan Puan Daliya itu.

Pandangan mata diredupkan pada wanita berbaju kurung kedah jenis lengan panjang yang tika ini telah mengambil tempat duduk betul - betul di hadapannya.

"Bukan macam tu, ibu... Luth sebenarnya ada hal bisnes dekat - dekat sini. Itu yang terus terfikir nak main terjah je tadi. Maaf ya ibu?" Ucap Luth sambil cantumkan kedua - dua belah tangan, memohon kemaafan.

"Hal bisnes? Bila Luth tiba - tiba tukar bidang ni? Bukan dulu katanya suka kerja dekat udara ke? Sejak bila dah tukar haluan ke darat ni? " Puan Daliya serta merta ubah nada, cuba mengusik Luth yang sudah dianggap seperti anak terunanya.

Luth gosok belakang leher; terasa seperti dimakan mati emak, diluah mati bapa untuk menjawab persoalan Puan Daliya yang satu itu.

"Err, Luth dah lama berhenti jadi kru kabin ibu. Elok tak lama lepas Yana pergi," Serba salah jawapan yang Luth pilih untuk lontarkan.

Dan seperti yang Luth jangkakan, sebaik sahaja nama Yana dipetik, air muka wanita itu lantas berubah. Tidaklah begitu jelas kelihatan, namun Luth masih berupaya mengesannya.

"Cantik pula susun atur rumah ibu sekarang. Rajin betul ibu buat kerja - kerja menghias macam ni?" Luth terus ubah hala tuju perbualan mereka, tidak mahu melihat Puan Daliya berterusan bersedih.

Puan Daliya yang mendengar pujian Daiyan langsung ukir senyum, senang hati dengan pujian yang diberi.

"Bukan ibulah. Ibu mana rajin bab - bab begini," Luahnya jujur.

"Kalau macam tu...."

"Nanti Luth mesti akan tahu," Penuh makna Puan Daliya menutur kata.

Wajah Luth berkerut, cuba mencerna ucapan Puan Daliya namun tidak begitu lama apabila dia sendiri berjaya menebaknya.

Ternyata, telahannya tidak meleset sama sekali apabila wajah yang ia cari kini benar - benar berada di depan mata, elok berdiri di depan pintu sambil memberi salam.

"Ibu ni... kenapalah tak cakap awal - awal ada tetamu nak datang rumah? Alang - alang Daiyan dekat luar tadi, boleh belikan apa yang patut," Sambung Daiyan setelah memberi salam saat perasan akan kewujudan sepasang kasut asing terdapampar di luar rumah.

Daiyan yang masih tidak melihat gerangan tetamu yang dimaksudkan terus berceloteh sambil menanggalkan flat shoes perang lembut yang menjadi alas kakinya.

Daiyan angkat wajah, dan dia baru tersedar akan gerangan tetamu misteri itu.

Bibir merah delima Daiyan menggeletar. Ingin mengungkap sesuatu namun seolah perkataan yang bakalan disebut tersekat di rengkung semata - mata.

Buat beberapa ketika, pandangan kedua - dua teruna dan dara itu beradu, dengan 1001 makna tersirat di dalamnya.

"Lah, sudah. Yang kamu ni tercegat macam patung cendana dekat sana dah kenapa? Tahulah Abang Luth ni handsome, tapi tak payahlah tenung dia lama - lama," Puan Daliya selamba menegur, sekali gus membuatkan masing - masing pantas larikan mata.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now