33

268 8 0
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"No, Daiyan. Kau tak boleh macam ni. Hati kau ni jangan jadi baik sangat boleh? Setakat kena ayat, panggil sayang sikit dah mula lembut nak terima? Dah berdegup kencang macam kena cinta pandang pertama? It's all bullshit!" Kata Daiyan pada dirinya sendiri. Sesekali, sambil berjalan entah ke mana, tangannya naik memicit pelipis.

"Don't let your guard down! Jangan bagi Luth ruang untuk senang - senang datang balik pada kau. Ingat balik semua yang dia dah buat dekat kau, dekat kau punya hubungan dengan arwah ayah dulu!" Daiyan kepal tangannya pula. Betul - betul mahu memaksa diri untuk terus wujudkan benteng yang tinggi antaranya dan Luth.

Tak patut untuk lelaki itu dapat kemaafan daripadanya dengan mudah setelah semua ulah keji yang dilakukan!

Daiyan terus menapak, langsung lupa pesanan Luth untuk tidak merayau sesuka hati seorang diri.

Dah kenapa baru sekarang lelaki itu benar - benar baru menjaga?

Sedangkan sebelum ini, Luth tak pernah ambil tahu akan dirinya. Sihatkah? Apa baik - baik sahaja keadaannya?

Argh, semakin mendidih pula hatinya tatkala memikirkan soal itu.

Langkah kaki semakin dilajukan, cuba lepaskan geram yang terbuku di dada. Rasa nak buat kerja gila, biarkan Luth tercari - cari keberadaannya yang nanti menghilangkan diri secara tiba - tiba.

Kaki mula membelok ke kanan, mencari tempat letaknya pintu keluar utama pasar raya setinggi dua tingkat itu.

Namun, saat terpandangkan sebuah kedai yang menjual barangan bayi membuatkan langkahnya lantas mati. Niatnya tadi dibiarkan terkubur.

Tanpa sedar, Daiyan mula bawa diri memasuki kedai yang bertemakan warna biru langit itu. Baju - baju bayi yang tergantung di sana dia belek. Ada bermacam - macam rekaan, cantik - cantik belaka pula. Belum cerita lagi tentang kehalusan jahitannya.

Daiyan melorek senyum. Tangan naik menyentuh perutnya. Mula membayangkan bagaimana rupa anaknya nanti apabila mengenakan busana yang sebegini rupa.

Terasa sungguh naluri keibuannya kala itu. Memang tak dinafikan, cara nyawa ini ditiupkan ke dalam rahimnya agak keji jikalau difikirkan semula, namun bayi ini tidak berdosa. Dia tak minta untuk wujud kerana itu lantas mengapa Daiyan memilih untuk menghukum si kecil ini?

Daiyan sudah mula jatuh sayang kepadanya, sejak awal detik dia mengetahui kehadiran nyawa yang sedang menghuni rahim wanitanya ini.

"Ya, puan? Ada apa - apa yang saya boleh bantu?"

Lamunan panjang Daiyan terhenti. Tubuh dikalih sebelum digeleng perlahan bersama - sama senyuman yang tak lekang di bibir.

Wajah pekerja kedai menyapa ruang mata dan Daiyan tak berupaya sembunyikan riak bahagianya apabila wajah yang ia kenal itu kini betul - betul berada di hadapannya. Elok menyambutnya tadi.

Kecilnya dunia!

"Kak Mariya?" Seru Daiyan dengan mata yang mula terasa suam.

Tidak tunggu lama, Daiyan terus menuju ke arahnya dan mendakap erat tubuh Kak Mariya.

***

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now