18

291 10 1
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Luth raup wajah. Rambutnya yang terjuntai disebak ke belakang.

Tubuh lantas dibawa bersandar tak lama selepas itu. Kepalanya turut didongakkan, memandang kosong ke arah siling rumahnya.

Sukarnya untuk Luth mencerna perkara yang baru diketahuinya!

Daiyan dan Yana, siapa sangka mereka mempunyai pertalian darah?

Kalau bukan kerana hasil tinta arwah Yana yang tercoret nama Daiyan di dalamnya, mungkin kebenaran itu takkan terungkap dengan sendirinya.

Luth buang pandang pada diari kepunyaan Yana yang berada di atas meja. Tak lupa juga, seutas rantai loket yang Luth temui di dalam diari yang sama sewaktu awal - awal dia membukanya.

Atas sebab apa rantai itu diletakkan bersama - sama, Luth sendiri tidak tahu mengapa.

Kalau diikutkan melalui catatan Yana, gadis itu benar - benar pasti gerangan yang bernama Daiyan Hazwiena itu merupakan darah dagingnya.

Tak!

Hati Luth lantang menafi. Mana mungkin kedua - duanya datang daripada rahim yang sama!

Daiyan dan Yana, mereka bagaikan langit dan bumi walaupun sehebat mana Daiyan cuba tutupi celanya itu.

Yana seorang yang baik, sedangkan Daiyan?

Luth koyak senyum sinis. Perempuan itu langsung tak layak kalau hendak dibandingkan dengan Yana! Berdiri bersebelahan apatah lagi.

Manusia, mudah sekali menghukum seseorang berdasarkan masa lalunya.

Lupa barangkali, Khalid Al-Walid yang dahulunya memerangi ajaran Allah akhirnya dijuluki gelaran Saifullah apabila dia berubah.

Tidak tertahan dengan perasaan panasaran yang berterusan, Luth akhirnya putuskan untuk teruskan pembacaannya.

Diari itu dibawa ke pangkuannya semula.

Satu yang Luth perasan, Yana boleh dikatakan sebagai seorang yang agak sentimental. Rata - rata kini memilih untuk mengunggah segalanya di sosial media tetapi Yana sedikit berbeza.

Gadis itu luahkan semua rasanya, sedih, gembira dan macam - macam lagi di dalam buku bersaiz A5 itu, termasuklah momennya sewaktu berada dalam bibit percintaan dengan Luth dahulu.

Sungguhpun begitu, perkara itu bukan menjadi keutamaan Luth kini.

Luth lincah menyelak halaman seterusnya bagi muka surat terakhir yang dia telah baca.

Egoistik.

Meskipun ada bukti yang sudah jelas terbentang di depan mata, Luth tetap mahu menidakkannya.

Luth teruskan pembacaannya pada halaman yang terhenti. Masih mahu membuktikan dia berada di pihak yang benar.

30 November,

Daiyan Hazwiena, Dayana Hazwanie.

Sedap kan? Dekat - dekat aje.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now