29

306 14 1
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Tiga pasang mata itu hanya bersabung pandang, tanpa sebarang tanda ada daripada mereka yang memilih untuk memulakan bicara.

Puan Daliya hela nafas lemah. Pandangan mata tuanya jatuh pada Daiyan, kemudian beralih kepada Luth yang berdiri bersebelahan.

Puan Daliya sedar, dia tak boleh menjatuhkan hukum berdasarkan perkara yang dia lihat semata - mata.

Kadang - kadang bukan semuanya yang terlihat jelas itu sahih keadannya. Boleh jadi tak sama langsung dengan yang sepatutnya dan atas sebab itu, Puan Daliya memilih untuk bertindak rasional.

"Tak ada sesiapa yang nak bersuara? Cerita ataupun bela diri sendiri lepas apa yang terjadi tadi?"

"Dia!" Kedua - dua teruna dan dara itu memberikan respons secara serentak, sebelum masing - masing mula kelihatan cangung dengan situasi yang terjadi.

"Awaklah cakap dulu," Ucap mereka secara serentak buat kali kedua.

Puan Daliya yang melihat senario itu hanya mampu mengunci mulut.

Tak padan betul sikap keanak - anakan yang ditonjolkan dengan usia masing - masing!

Daiyan hembus nafas. Dia genggam kedua - dua belah tangan kuat.

"Ibu, boleh Daiyan yang bercakap?"

Puan Daliya hanya mengangguk, memberikan keizinan.

Dapat sahaja kebenaran daripada ibunya, Daiyan terus duduk bersimpuh di hadapan Puan Daliya. Tangan tua itu dicapai sebelum dia kucup lembut.

"Daiyan nak minta maaf,"

Wajah Puan Daliya berkerut, tak mengerti.

"Kenapa Daiyan nak minta maaf ni? Kalau pasal tadi, ibu bukannya jenis yang suka jatuhkan hukuman tanpa usul periksa. Daiyan jangan risau, ibu sedia dengar apa yang betul - betul jadi daripada kamu berdua dulu sebelum buat apa - apa," Ujar Puan Daliya dengan nada yang seakan memujuk. Sesekali, dia kerling Luth yang berada berhampiran dengan ekor mata.

"Daiyan bukan nak minta maaf pasal tu. Daiyan nak minta maaf untuk benda lain," Daiyan membalas tanpa mengangkat wajah ke arah Puan Daliya.

"Daiyan nak minta maaf untuk apa nak? Selama ibu kenal Daiyan, tak pernah sekalipun Daiyan ada buat ibu terasa. Daiyan anak yang baik," Puan Daliya usap pula kepala si anak tak lama selepas itu.

"Tapi Daiyan ni orang jahat ibu," Jawab Daiyan bersama - sama wajah yang sudah ternoda dengan air mata.

"Hei, siapa yang cakap anak ibu ni orang jahat?" Puan Daliya gagal membendung rasa hiba yang mencengkam diri tika terpandangkan wajah yang telah bertukar kemerahan akibat menangis teruk itu.

Tangannya lantas naik menyeka air mata yang berjuraian di pipi Daiyan.

"Daiyan jahat ibu. Daiyan jahat! Daiyan bunuh kakak Daiyan sendiri! Daiyan rasa teruk sangat. Adik jenis apa Daiyan ni ibu....? Kenapa Daiyan jahat sangat sampai buat kakak macam tu?" Daiyan ulang perkataan 'jahat' itu berulang kali. Bahunya terhinjut - hinjut diikuti esak tangis yang semakin menggila.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now