42

248 8 0
                                    

⚠️ Cringe alert!

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Luth ramas rambut hitam berkilatnya. I-phone miliknya dimasukkan ke dalam poket jogger pants sebelum dia atur langkah perlahan ke arah Puan Daliya dan Daiyan semula.

Tingkah Qowiy barusan tadi kembali berlegar di minda.

Haih, bila difikirkan kembali... ada logiknya juga anak muda itu masih tidak mempunyai pasangan. Dengan fi'il yang boleh tahan, memang perlukan kesabaran untuk mendampinginya.

Yalah tu. Habis, diri sendiri bagaimana? Jodoh yang terbaik dari langit, kiriman Tuhan? Daiyan itu bukan juga sama perlu didik diri sabar selama mana tempoh mereka serumah dahulu?

Paku dulang paku serpih, cakap orang dia yang lebih walhal diri sendiri pun sama naiknya juga dengan perangai tak semengah.

"Luth, okey ke tu? Kenapa muka tu kusut je?" Puan Daliya yang perasan akan perubahan riak wajah Luth segera menegur jejaka itu setelah siap menutup segala suis televisyen.

Luth hanya koyak senyum tipis sebelum ia gelengkan kepala perlahan.

"Tak ada apa - apa, ibu. Biasalah, hal bisnes," Luth cuba tenangkan hati Puan Daliya.

"Ya tak ya, juga... Luth pun pantau semuanya dari jauh, kan selama duduk sini?"

Mendengar soalan yang diajukan Puan Daliya, Luth cuma jatuhkan kepala sebagai respons.

"Itulah ibu. Rasa macam dah kena seru balik sana agaknya... dah seronok sangat duduk sini punya fasal, langsung tak ingat apa," Luth sempat bergurau bersama - sama satu kekehan kecil di hujung bicara.

"Hmm, Luth pun kalau ikutkan memang dah lama ada dekat sini. Tak apalah..."

"Daiyan..."

Empunya badan serta merta angkat wajah apabila namanya disebut sang ibu.

"Ya, ibu. Kenapa?"

"Nanti masuk bilik. Kemas apa yang patut. Esok boleh bertolak awal. Tak adalah kamu berdua nak kena hadap jalan sesak nanti,"

Daiyan mengangguk akur, hanya sebelum dia menyedari sesuatu.

"Jap, berdua? Maksudnya, Luth dengan Daiyan ke?"

Meski soalan itu kelihatan agak kurang bijak, Daiyan tetap pilih untuk ajukannya.

"Yalah.... takkanlah berdua tu maksudnya Luth dengan Jaja anak Mak Cik Jamilah pula?"

"Boleh je jadi. Benda tak mustahil. Apa - apa jelah, pokoknya Daiyan tak nak ikut Luth," Selamba Daiyan berikan kata putus.

"Eh, mak buyung seorang ni?" Riak kurang senang terang - terangan terlakar di wajah Puan Jamilah yang kala itu sudah bercekak pinnggang saat mendengar respons kepunyaan Daiyan.

"Ibu ugut nak kenenkan Luth dengan Si Jaja, buat kenduri kahwin 7 hari 7 malam pun belum tentu Daiyan nak ikut menantu kesayangan ibu tu balik. Keputusan Daiyan muktamad. Daiyan tak nak ikut Luth. Daiyan tak suka duduk sana!"

Daiyan pilih untuk berjaga - jaga. Siapa sahaja tahu, kebenaran di sebalik situasi Luth itu. Boleh jadi memang betul belaka atau yang buruknya satu lagi rekaan untuk tarik semula Daiyan untuk hidup di dalam sangkar emas itu?

Atas sebab itu, Daiyan bulatkan tekad.

Biarlah di mata Puan Daliya dia kelihatan seperti seorang isteri yang derhaka, asalkan keselamatan diri lebih - lebih lagi kandungannya terjaga hendaknya.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now