17

292 11 0
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Beberapa bulan kemudian...

"Mak cik, Daiyan nak tanya satu benda boleh? Pasal arwah ayah," Daiyan bersuara, sekali gus memecahkan kesunyian antaranya dan Mak Cik Hajar di ruang makan.

"Boleh je. Apa yang Daiyan nak tahu tu?" Mak Cik Hajar menjawab bersama - sama anggukan.

Mak Cik Hajar turut menarik nafas lega melihat reaksi positif Daiyan itu. Manakan tidak, semenjak pemergian Encik Hasnawi, Daiyan kurang bercakap dengan sesiapa. Sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab.

Daiyan seolah berada di dalam dunia sendiri. Dia hanya termenung, langsung tak berhubung dengan dunia luar.

Hanya sekali sahaja sebelum ini Daiyan berkata lebih daripada satu perkataan, itupun disebabkan permintannya kepada Mak Cik Hajar untuk duduk semeja, makan dengannya.

Mak Cik Hajar pula hanya menyetujui permintaan Daiyan itu sementelah dia sendiri tahu, dalam waktu - waktu sukar begini, anak majikannya itu amat perlukan sokongan. Lebih - lebih lagi daripada orang yang terdekat.

Daiyan berdehem seketika. Dia betulkan posisi duduk di atas kerusi makan sebelum menutur kata.

"Arwah ayah ada pernah cerita kat mak cik tak apa - apa tak pasal ibu?" Soal Daiyan dengan nada seriusnya.

"Tak adalah pula Daiyan. Lagipun, kalau Daiyan ingat, mak cik mula kerja kat sini pun waktu Daiyan dengan ayah Daiyan baru balik dari luar negara. Daiyan pun kecil lagi rasanya masa tu. Dalam empat, lima tahun gitu," Mak Cik Hajar menjawab bersama - sama dengan gelengan.

Serta merta, wajah yang pada mulanya agak bercahaya itu malap sinarnya mendengarkan ujaran Mak Cik Hajar.

Bahu yang tadinya turut tegak kian jatuh, saling tak tumpah seperti semangatnya.

Daiyan ukir senyum nipis, berharap dengan bahasa badan yang dipamerkan dapat menenangkan hati wanita tua itu yang seolah mula gusar dengan tingkah laku Daiyan. Dalam masa yang sama, Daiyan turut gunakan senyuman itu sebagai pemujuk diri.

Kesunyian mula mengambil tempat kembali. Hanya kedengaran suara dentingan sudu dan garpu yang berlaga di sana.

"Tapi mak cik rasa, waktu arwah ada, dia selalu masuk satu bilik. Lagi - lagi kalau dia ada masalah. Sayangnya, arwah ayah Daiyan memang biarkan bilik tu berkunci jadi mak cik tak pernah tahu apa yang ada dalam bilik tu," Mak Cik Hajar cuba korek kisah lampau.

Masalah?

Entah mengapa saat perkataan itu disebut, Daiyan terasa benar - benar dekat dengannya.

Mungkin salah satu masalah yang dimaksudkan Mak Cik Hajar itu ialah dia. Daiyan buat kesimpulan sendiri.

Yalah, kalau diikutkan perangai tak semengahnya dulu memang agak memeningkan kepala.

Keluar setiap malam dan nak masuk subuh baru nampak jalan pulang, jadikan kelab malam sebagai rumah kedua, usah dicerita pula batas perhubungannya dengan makhluk bernama Adam kala itu, langsung terbabas!

Namun, segalanya telah lama berlalu. Daiyan sudah melangkah ke arah yang lebih baik dan meninggalkan semua tingkah buruk itu dalam lipatan sejarah, buat dijadikan pedoman di masa akan datang.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now