32

287 9 0
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"Daiyan punya next checkup bila?" Luth menyoal, sekadar mahu mencipta perbualan antara mereka.

Yalah, sepanjang perjalanan hatta sewaktu Luth berhenti seketika untuk membeli makanan bagi mengalas perut, Daiyan hanya memilih untuk mendiamkan diri.

Sepatah yang ditanya, sepatah jua yang dijawab.

Cumanya sekarang, Luth rasa seperti makin melarat. Daiyan langsung senyap tanpa sebarang tanda mahu membalas pertanyaannya itu.

Soalan yang diajukan sengaja dibiarkan seperti angin lalu. Luth pula dianggap tak ubah seperti sebuah tunggul kayu.

Daiyan terus membelek pek spageti yang dirasakan sesuai dengan citarasanya.

Almaklumlah, sudah lama dia tidak menyediakan makanan jenis itu.

Selalunya, waktu dahulu jenama Kimball kini menjadi pilihan hati namun kini melihatkan paket yang sama keluaran syarikat Gardenia, terasa seperti dia mula berpaling tadah.

"Selama Daiyan pregnant ni kan, Daiyan ada craving apa - apa tak selain daripada lauk masak lemak cili api hari tu?" Luth nampaknya masih tak putus asa cuba memancing Daiyan untuk bersuara. Dia lantas menyelak tajuk perbualan yang baru selepas itu.

"Ada. Benda biasa yang ibu mengandung selalu nak. Lagipun, anak saya anak yang baik. Dia tak suka minta benda pelik - pelik sebab dia sendiri tahu yang mama dia dah biasa susah sebelum ni," Jawab Daiyan, tanpa sedikitpun memandang ke arah Luth.

Luth tolak troli merapat ke arah Daiyan dengan bibir yang mula melakar senyum.

"Bagus betul anak papa. Kecik - kecik dah pandai sejukkan hati mama. Papa harap bila awak besar nanti, awak pun boleh jadi manusia yang berguna,"

"Anak saya. Bukan anak awak," Daiyan betulkan pernyataan Luth barusan tadi.

"Tapi kalau tak ada abang, dia tak jadi juga kan?" Tanpa sedar, Luth membalas ujaran Daiyan.

Daiyan yang mendengar pantas palingkan tubuh. Rasanya kali ini, hatinya memang tak tertahan. Bibir diketap sesaat.

Tanpa banyak kata, beberapa paket spageti lantas ditarik keluar daripada raknya. Kaki diatur pula ke arah Luth.

"Sorry, abang...."

Tak sempat menyatakan ucapan maaf, Daiyan terus tolak semua paket makanan itu ke dada Luth sekali gus menyebabkan lelaki itu terkial - kial menyambutnya daripada jatuh ke lantai.

Pegangan Luth pada troli langsung terlepas. Daiyan gunakan kesempatan yang ada untuk menariknya terus ke kaunter pembayaran di hujung sana. Luth dibiarkan terkapai - kapai. Sengaja.

Lelaki itu bukannya budak kecil lagi. Tidaklah ada apa - apa yang perlu Daiyan risaukan.

Kes penculikan berkaitan orang dewasa pun jarang - jarang ada. Luth itu, kalau kata diculik, penculik itu sendiri silap hari bulan tepuk dahi. Manakan tidak, perangai lagi jelik mengalahkan si penjenayah itu sendiri.

***

"Isteri abang ni rasanya dulu model je tapi berjalan tu, mengalahkan atlet olahraga. Laju betul! Naik semput abang nak kejar," Ucap Luth sebaik sahaja berjaya menemui kelibat sang isteri.

Itupun hampir 15 minit juga dia tercari - cari. Mujur sahaja, pakaian yang Daiyan kenakan memudahkan urusannya.

"Tak ada siapa suruh kejar pun," Daiyan membalas selamba. Troli yang hampir penuh berisi barangan lantas ditolak ke hadapan selepas itu.

"Yalah, tapi Daiyan sedar tak yang Daiyan ni cantik? Comel? Ah, semualah! Macam mana kalau ada orang jahat nak buat apa - apa dekat isteri kesayangan abang ni?"

Daiyan jelirkan lidah. Geli - geleman badannya mendengar kata - kata Luth.

Tak sedar gamaknya, lelaki itu pun sama jahatnya.

"Oh, sweetnya...." Puji Daiyan dengan mata yang dikerdipkan beberapa kali selepas dia kalih separuh tubuh ke arah si suami.

Senyum di bibir Luth semakin memekar. Tidak menyangka jujurnya, Daiyan akan memberikan reaksi sebegitu rupa.

"Sampai saya rasa nak muntah!" Sambung Daiyan bersama - sama gaya yang kononnya sedang mengeluarkan segala isi perut. Langsung sahaja, senyum di bibir Luth mati disebabkan itu.

Tergores? Ya, tetapi apa hak Luth untuk mempertikai?

Bibir tetap dipaksa senyum pada akhirnya. Tidak mahu menampakkan yang dia beberapa ketika tadi sedang berjauh hati.

"Maknanya kalau gitu, pickup line abang jadilah kan?"

"Awak ni punya perasan tu boleh tahan juga eh?" Selar Daiyan geram dengan tangan yang sudah dilipatkan ke dada.

"Alang - alang awak pun dah terlanjur ada dekat sini, apa kata awak je yang beratur untuk bayar kat cashier? Saya pusing satu pasar raya pun dah sedia penat, inikan pula lepas melayan awak. Makin menjadi - jadi!"

"Alololo~ kesiannya dia penat.... Daiyan pergilah dulu duduk, cari bangku kat mana - mana kalau macam tu? Nanti abang datang cari," Saran Luth sambil sebelah tangannya naik mengusap kepala Daiyan yang berbalut tudung bawal hitam itu.

Daiyan pula terus rentap tangan Luth supaya menjauh. Tidak tahu kerana malu, atau degupan jantungnya mulai tidak menentu kerana ulah Luth itu.

Daiyan terus cabut selepas itu, meninggalkan Luth di situ. Lebih kepada tidak mahu perubahan riak wajahnya ketahuan oleh suaminya.

"Duduk diam - diam je tau kat bangku tu nanti. Jangan pergi merayap pula sayang! Kesian dekat abang, nak kena pusing satu pasar raya juga nanti sebab nak cari isteri abang yang seorang ni,"

Daiyan yang sudah membelakangi Luth kala itu, pejamkan matanya sesaat. Nafas ditarik sedalamnya, sebelum dia jatuhkan kepala dengan kadar perlahan.

Terusik sebenarnya apabila perkataan 'sayang' itu kadang - kadang terbit daripada bibir Luth, walaupun mulut Daiyan selalu sahaja mahu berikan kata larangan untuk lelaki itu memanggilnya sebegitu.

Contohnya, sekarang. Cumanya, Daiyan masih tahu pentingnya untuk menjaga air muka Luth sebagai suami dan atas sebab itu dia sekadar diamkan diri.

Sah, ada sesuatu yang tak kena dengan hati perempuannya!

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Ni spageti under jenama Gardenia

Ya ii, tahu besar ii dia tulis Mee, tapi pak cik Google yg cakap benda ni bole buat spageti juga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ya ii, tahu besar ii dia tulis Mee, tapi pak cik Google yg cakap benda ni bole buat spageti juga. Mohon jangan bitter ya?

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now