53

534 8 0
                                    

Am writing this with sad vibes playlist on earphone
≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"Sweetnya diorang ni, tahu namanya suami isteri. Tapi takkanlah nak sakit pun kena sama - sama juga?" Ternaik satu kening Ean saat mengusik Luth dan Daiyan.

Mereka pula tidak cepat melatah. Daiyan lingkarkan tangan pada lengan Luth yang duduk bersebelahannya. Menjawab persoalan Ean itu.

"Yalah. Tempat seorang isteri di sisi suami. Tak gitu abang?" Daiyan sengaja menyoal Luth, walaupun tujuannya untuk membalas pertanyaan Ean semata - mata.

Luth tanpa banyak soal mengiakan. Dia jatuhkan kepala beberapa kali, bersetuju dengan kenyataan dikemukakan sang isteri.

Ean yang melihat babak pasangan bahagia itu julingkan bebola mata miliknya ke atas.

Dan sudah semestinya, tingkah lelaki berdarah Cina itu berjaya meletuskan tawa kedua - duanya.

Bahagianya situasi kala itu, seolah Luth dan Daiyan tidak pernah berdepan situasi getir sebelum ini.

Sedangkan kalau diimbas semula, ternyata kisahnya begitu berbeza.

Beberapa hari yang lalu. Sekali lagi, Daiyan dimasukkan ke dalam wad. Cuma yang membezakannya kali ini, dia menjadi penghuninya kerana suhu badan tinggi melampau yang akhirnya menyebabkan ia hilang kesedaran buat seketika. Seperkara lagi, apabila dia dan Luth seolah berubah posisi ketika itu.

Untung sahaja, keadannya tidak begitu serius. Cuma seperti biasa, perlu menelan beberapa jenis ubat dan mendengarkan nasihat doktor serta tak dilupakan juga bebelan Puan Daliya.

Alhamdulillah, kini keadaan Daiyan dan Luth telah stabil. Tidak pasti suratan takdir atau kebetulan semata, tarikh mereka mendaftar keluar daripada hospital juga adalah serupa.

Namun kerana kekhuatiran Puan Daliya yang masih bersisa, atas arahannya pasangan itu terpaksa meneruskan sesi 'penyembuhan' mereka di rumah pula.

Segala keperluan, makan minum dan lain disediakan Puan Daliya. Mereka langsung tidak dibenarkan begitu banyak bergerak. Masa selebihnya perlu dihabiskan di katil.

"Tak payah nak tayang muka kepam macam tulah Ean! Kau kalau kata dah jealous, carilah juga seorang. Ini tidak. Gaya macam nak membujang sampai ke sudah," Giliran Luth pula berkata. Meskipun dalam keadaan terlantar, gaya bercakapnya boleh tahan bisanya juga.

Sungguhpun begitu, Ean tidaklah begitu ambil hati.

Apa hendak dikata, berbual kasar? Itu memang cara lelaki.

Sudahnya, Ean menggelengkan kepala perlahan. Bibirnya pula mengukir senyum. Terhibur benar dengan ujaran Luth sebentar tadi.

Daiyan turut sama koyak senyum. Geli hati dengan karenah dua sahabat baik itu.

Tidak lama sebelum derianya mengesan pergerakan seseorang yang sudah mengambil tempat bersebelahannya.

Oh, Jaja.

Jujur, terlupa seketika dengan kehadiran anak majikannya.

Sedangkan, rasanya tadi dia yang begitu dihurung perasaan ingin tahu apabila menyaksikan dengan matanya sendiri, Ean dan Jaja yang datang secara beriringan.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now