46

249 9 0
                                    

I'm back! Rindu Nina tak? Ke yang korang rindu Luth dengan Daiyan je?

(*'・ω・)

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"Eh, Abang Luth!" Terkedek - kedek gadis lingkungan 20-an itu mendapatkan Luth.

Daiyan yang menyaksikan situasi yang berlaku, meskipun sekadar sebahagiannya dek terhalang figura tinggi lampai Luth tayang wajah mencuka.

Ulang suara, bukan cemburu sebaliknya kurang berkenan dengan perangai tak tahu malu kepunyaan Jaja.

Lelaki orang kut! Padalah.... isterinya pun masih ada, hidup bernyawa. Elok, masih berkudrat untuk berdiri juga.

"Abang Luth ni macam chipsmore tau! Kejap ada, lepastu hilang tiba - tiba tapi tiba - tiba pun datang balik juga. Abang sebenarnya rindu Jaja kan, sebab tu tak sampai berapa...."

"Oh, Abang Luth tadi pergi keluar cari isteri abang kejap. Jaja salah orang ni. Yang macam chipsmore tu Daiyanlah sebenarnya," Luth terus cantas percakapan Jaja sebelum dia kalih wajah ke arah si isteri tersayang sebelum ia gunakan kesempatan yang ada untuk kenyitkan sebelah mata.

"Macam chipsmore sangat, sampai Jaja ingat hilang lagi tadi sebab mengelat," Jaja menyinis di situ.

Sebab macam chipsmore jugalah, buat aku rasa kunyah - kunyah dia sampai lumat! Jaja menyumpah sama dalam hati.

Luth yang mendengar sudah panas telinga. Dia kerling wajah Daiyan dengan ekor mata, mahu mengintai reaksinya namun yang aneh, si isteri hanya tayang wajah tak berperasaan seolah segala kata - kata jelik yang dilontarkan tadi tidak memberi kesan.

Luth, oh Luth.

Kalau hendak dibandingkan bicara Jaja, apalah sangat nilai ketajamannya. Tak setara langsung dengan kata - kata berbisa yang dia sendiri pernah muntahkan dahulu maka wajarlah untuk Daiyan tunjuk wajah tak endah. Benda yang dah lali, senang kata.

"Eh Jaja ni. Mana elok cakap sembarangan macam tu je. Tak takut ke kalau jadi fitnah?"

"Fitnah apanya Abang Luth kalau sebelum ni benda yang sama pun Daiyan pernah buat? Abang Luth tahu tak, sebelum dia rahsiakan status dia yang dah jadi isteri orang, isteri abang ni dulu pernah pengsan depan anak ketua kampung? Akal dia nak mengelat tu, fuh!"

"Dengan orang lain bolehlah nak pancing simpati tapi Jaja sorry to say-lah, memang tak akan jalan. Hei, Jaja pun peliklah! Dah ada suami cukup pakej macam Abang Luth pun duk buat perangai. Kalau Jaja yang jadi wife abang, Jaja tak buat benda - benda macam tu. Elok Jaja jaga semua makan minum abang. Jadi full housewife lagi bagus," Tak habis lagi nampaknya Jaja ni.

Daiyan yang pasang telinga sedari tadi pula tersenyum simpul. Alahai, memang terang - terangan dah pasang angan - angan ni!

Rasa macam nak bersuara, dengan segala hormatnya dia boleh tunaikan permintaan Jaja itu. Mahu tukar posisi pun dia tak apa.

Namun Lain situasinya bagi Luth. Lelaki itu jelas tak senang mendengar ucapan Jaja lagipula apabila keburukan si isteri yang dicanang - canangkan.

Rahang lantas diketap. Sebelah tangan yang masih bebas, Luth gepal kuat. Memang sekarang ni, Jaja yang berada di hadapan dipandang kecil besar - kecil besar.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now