11

282 12 1
                                    

⚠️ trigger warning
( read at your own risk!) :

• Domestic violence
•Sexual Assaults
• Luth mula menyetan dengan berjayanya di sini.
≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Luth tampal senyum yang paling 'manis' di bibir untuk dihadiahkan pada kedua - dua manusia yang berada di hadapannya tika ini.

"Seronok betul pasangan merpati dua sejoli ni kan? Gelak ketawa, makan sama - sama," Luth sebut satu demi satu hal yang dia lihat dengan mata kepalanya sendiri sewaktu dia awal - awal tiba di sini tadi.

Daiyan jatuhkan sudu dan garpu yang berada kemas dalam genggaman tangan. Serasa dia memang benar - benar tak ubah seperti seorang penjenayah yang bakal menunggu masa sahaja menerima hukuman kini.

"Daiyan, kau pergi dekat kereta sekarang,"

Sedar sahaja namanya dipetik, Daiyan bingkas bangun dari tempat duduknya. Tubuh ditundukkan sedikit kepada Ean sebagai tanda hormat sebelum dia lekas - lekas pamit pergi mengikuti perintah Luth.

"Kau ni Luth, garang sangat. Mencicit lari budak Daiyan tu. Relakslah...." Ean menegur perilaku sahabatnya itu.

BUK!

Tak semena - mena, satu tumbukan padu tepat mengenai wajan Ean Luth berikan.

"Kau ni dah kenapa Luth?! Tak ada angin tak ada ribut, tiba - tiba tumbuk muka aku! Kita berdua ni kawan tau. Daiyan tu pula adik susuan kau. Tak ada maknanyalah aku nak buat benda - benda tak senonoh dekat belakang kau!" Hambur Ean kesal. Tangannya naik mengusap rahang sendiri. Boleh tahan juga tumbukan Si Luth, sehingga terasa seperti retak tulang temulangnya di sekitar rahang.

"Perempuan yang kau usung sana - sini tu isteri akulah gila!"

Ean terpempan seketika.

Pertamanya, kata - kata kesat yang jarang lelaki tinggi lampai itu gunakan terhadapnya. Keduanya, sudah tentu disebabkan pengakuan singkat Luth sendiri.

"Isteri? Bukan kau kata dia adik susuan kau ke hari tu?" Ean menyoal dengan kerutan di dahi.

Hanya sebelum dia menyedari sesuatu.

Luahan Daiyan, layanan Luth terhadap gadis itu serta pengakuan Luth tadi.

"Luth.... kau jangan bagitahu aku kau buat semua ni sebab arwah Yana?" Ean beranikan dirinya untuk menyentuh hal sensitif itu.

"Kalau ya?" Soalan dibalas dengan soalan.

Luth silangkan tangan ke tubuh, bibirnya menggarit satu senyuman sinis apabila melontarkan pertanyaan itu.

"Astaghfirullahalazim, Luth! Syaitan apa yang rasuk kau ni? Daiyan tu dah dapat balasan atas benda yang dia buat. Insaf dah pun orangnya. Yang kau ni nak ambil alih kerja tuhan dah kenapa?" Ean beristighfar panjang apabila mendengar balasan Luth itu.

Luth Imtiyaz yang dia kenal sepertinya sudah berubah 180 darjah daripada dirinya yang asal.

"Perempuan tu ada kangkangkan kau ke sampai kau jadi macam ini, nak bela dia je setiap masa?" Luth menyinis lagi.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now