40

277 8 2
                                    

Missing my orange world after fasting for plus minus 1 week, guess so?

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Luth sarung sandal miliknya sebaik sahaja matanya menangkap kelibat Daiyan yang sedang elok bersimpuh di pangkin.

Langkah kaki lantas dibuka untuknya mendekati si isteri. Seperti biasa, senyuman tak lekang terlakar di bibir kala itu.

"Daiyan buat apa tu?" Soal Luth ramah sebaik sahaja dia mengambil ryang kosong bersebelahan Daiyan.

"Ada mata kan? Tengoklah sendiri," Acuh tak acuh Daiyan membalas tanpa memandang ke arah Luth. Tumpuannya dicurahkan penuh kepada skrin telefon pintar yang berada dalam pegangan tangan.

"Yalah, tahu tengah main phone. Tapi apa yang Daiyan tengok dalam phone tu, abang nak tahu juga. Tak salahkan?" Luth membalas lembut. Dia condongkan tubuh selepas itu, cuba untuk mencuri pandang perkara menarik yang dilihat isterinya.

Tindakan refleks, Daiyan pula pantas cipta jarak antara mereka.

"Lah, kenapa tak bagitahu je awal - awal tadi? Tak memasal free - free je kena marah,"

Luth yang mendengar pula sekadar terkebil di situ dengan perubahan intonasi Daiyan. Tak seiring dengan perilaku. Sungguhpun begitu, dia turut sama koyak senyum apabila melihat Daiyan berbuat tingkah yang sama.

"Saya ada jumpa satu akaun ni. Nama dia tak silap Hingga ke Jannah. Cantik je kan nama dia?" Persoalan Luth, Daiyan lantas jawab dengan tangannya yang lincah menari di atas skrin seolah mencari sesuatu.

Luth hanya mengangguk,
mengiakan pernyaataan itu.

"Kalau awak nak tahu, akaun tu dia macam tempat kongsi segala tips rahsia rumah tangga. Lagi - lagi untuk pasangan muda macam kita. Saya pun adalah baca sekali dua entri dalam page ni. Buat ilmu. Yalah, kita punya rumah tangga bukannya harmoni sangat pun. Entah - entah esok lusa boleh runtuh. And of course, awak pun kalau boleh tak nak kita bercerai - berai, kan?" Daiyan menyoal selepas dia tunjukkan laman utama akaun media sosial itu kepada Luth melalui skrin Samsung Z-flipnya.

"And this is the best part," Ucap Daiyan seraya menekan laman web yang turut diletakkan sama pada bahagian pengenalan laman Hingga ke Jannah itu.

"Dia ada buat satu forum khas. Kira macam konsep confession. Jadi apa yang diluahkan seseorang itu tak ada siapa tahu identiti sebenar dia tapi kita yang membaca, boleh bagi komen," Riak keterujaan jelas terlakar di wajah putih bersih itu saat berkata.

"Contohnya macam satu yang saya baru baca tadi. Quite heart breaking jugalah. Cerita pasal seorang perempuan. Kes kahwin tanpa cinta cuma tak cakaplah pula kenapa boleh kahwin. Yang sedihnya, si isteri tu cubalah berusaha sehabis baik nak jadi yang terbaik tapi suami dia? Sebiji macam apa yang orang melayu selalu kata, air susu dibalas tuba. Awak nak tahu tak dia buat apa Luth?"

Dahi Luth berkerut namun dia pilih untuk buat tak endah akannya. Dia jatuhkan kepala, memberi keizinan untuk Daiyan teruskan bicaranya.

"Lelaki tu caci dia, maki, panggil perempuan tu macam - macam. Tak cukup dengan tu, dia pukul pula perempuan tu. Dan yang paling sedih sekali, suami dia boleh paksa perempuan tu layan nafkah batin dia!" Ungkap Daiyan satu demi satu dengan bibir yang tersenyum, seolah tajuk yang dibentangkan itu sekadar perkara biasa bukannya sesuatu yang serius.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now