43

240 8 0
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"Eh, kerja lagi kau kat sini rupanya? Ingatkan lepas dah tak ada berapa minggu, berhenti dah?"

Daiyan hela nafas panjang, buat tak endah sahaja akan Jaja yang sentiasa mahu cari topik untuk bergaduh dengannya.

Contohnya, sekarang. Awal - awal dia tiba, anak pemilik warung ini terlebih dahulu menerpa ke arahnya.

Daiyan capai apron miliknya lalu disarungkan ke tubuh.

Kaki mula menapak ke ruangan kerjanya namun Jaja terlebih dahulu menahan langkahnya. Gadis itu berdiri di hadapannya sambil berpeluk tubuh.

"Aku tak faham jujurnya. Kau dah kahwin, ada suami yang boleh tahan serba serbi cukup. Tapi kenapa kau nak susahkan diri kau yang tengah mengandung, tetap nak buat kerja - kerja warung macam ni?"

"Ke, kau jenis yang suka mengemis perhatian? Tak padan dengan taraf isteri orang!" Jaja menjawab pertanyaannya sendiri dengan sinis.

"Hari tu, pengsan depan anak ketua kampung. Lepas tu hari ni? Kau nak pengsan dekat depan siapa pula? Oh, depan artis yang nak datang dekat kampung?"

Wajah Daiyan berkerut. Tidaklah pula tahu menahu kewujudan kru produksi yang akan melakukan perggambaran di sini.

"Kalau Abang Luth tahu kau punya perangai macam ni, mesti dia tak percaya! Tepuk dahi dia agaknya,"

Oh, ini dah lebih!

Dan belum sempat Daiyan membalas, sebatang senduk kayu terlebih dahulu mendarat di atas kepala Jaja.

Menjerit gadis itu kesakitan, dan Daiyan hanya menyaksikan. Bunga ketawa disimpan dalam hati apabila Jaja kini persis tak ubah bagai kera kena belacan.

"Mana kau tahu Abang Luth nak buat macam tu? Baru jumpa dia sekali, dah berlagak kenal macam kawan lama," Puan Jamilah menyindir sambil tangannya membelek senduk kayu kepunyaannya.

Ya, senduk yang sama digunakan terhadap Jaja tadi.

Jaja yang masih meringis kesakitan hanya mampu membalas ujaran Puan Jamilah dengan jelingan.

"Sekurang - kurangnya, Daiyan tu walaupun dia mengandung dia rajin buat kerja. Bukan macam kau. Sihat walafiat pun, malas ya ampun! Tahunya, mata tu nak mencari lelaki hidung mancung aje kerja," Selamba Puan Jamilah menambah. Cukup untuk membuatkan wajah Jaja memerah dek malu yang bertimpa - timpa.

"Mana ada!" Kuat suara Jaja menidakkan, tetapi sayang bahasa tubuh yang dipamerkan tidak sepadan dengan kenyataan yang cuba disembunyikan.

Sedar yang dia hampir di ambang kekalahan, Jaja lantas memilih untuk tergesa - gesa pulang ke rumahnya yang berada di hujung simpang berdekatan.

Langsung tak toleh ke belakang!

Puan Jamilah yang melihat tingkah anak daranya yang seorang itu bercekak pinggang.

"Bertuah punya budak! Engkau tu bukannya kecik lagi. Sikit - sikit merajuk, sikit - sikit hentak kaki balik rumah. Haih, nasib baiklah kau seorang je yang perangai tak semengah macam ni. Adik - beradik lain elok kejadiannya. Ish lepas tu, siapa nak pergi beli stok barang kering? Aku?" Dari satu tajuk, Puan Jamilah melompat ke satu tajuk lain.

"Ha yalah. Aku owner kedai. Aku tukang masak. Tukang mengemas. Tukang beli barang pun aku juga?" Puan Jamilah terus membebel sambil berjalan ke hulu - hilir.

Daiyan senyum kekok di situ. Boleh sahaja dia tawarkan diri untuk membantu, namun serasa biadab pula untuk mencelah sesi 'luahan perasaan' wanita itu.

"Kenapa dengan mak tu kak Daiyan?" Jiyad, anak bongsu Puan Jamilah yang baru sahaja turun daripada motosikal menyoal.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now