22

299 12 1
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"Ada apa yang Daiyan nak bagitahu mak cik ni? Macam serius je bunyinya?" Mak Cik Hajar yang baru siap dengan kerjanya menyapu dedaun kering di halaman rumah lantas menapak ke ruanng tamu, sesuai dengan permintaan Daiyan sewaktu mereka bersarapan bersama - sama tadi.

Daiyan hela nafas panjang seketika sebelum dia angkat wajah, biarkan pandangan matanya dengan orang gaji yang sudah dianggap seperti seorang ibu itu bersabung. Tak lama kemudian, bibir merahnya mula melakar senyum nipis.

"Daiyan dah fikir masak - masak," Daiyan buka bicara sebelum dia berjeda. Mak Cik Hajar yang tak mengerti apa - apa hanya tayang wajah bingungnya.

Daiyan ramas perlahan jari - jemari runcing kepunyaannya sebelum dia meneruskan kata.

"Daiyan rasa, Daiyan nak keluar daripada rumah ni," Itu yang Daiyan putuskan.

"Keluar? Daiyan nak pergi mana? Lepastu, rumah ni? Daiyan jangan bagitahu mak cik, Daiyan terfikir nak jual pula!" Mak Cik Hajar sedar kedudukannya cuma di sini tak lebih daripada sekadar seorang pembantu rumah tetapi sebagai orang yang juga telah lama makan garam, dia rasa ada patutnya dia betulkan tingkah Daiyan itu, supaya ia tak tersasar.

"Daiyan, mak cik tahu mak cik bukan siapa - siapa. Mak cik tak ada hak pun, nak bangkang apa yang Daiyan nak buat ke atas rumah ni tapi cuba Daiyan fikir baik - baik? Rumah ni, ada banyak kenangan Daiyan dengan arwah... Takkanlah sampai hati nak jual?" Mak Cik Hajar cuba memujuk.

Daiyan yang mendengar menggeleng perlahan, menidakkan tanggapan yang Mak Cik Hajar lemparkan terhadapnya.

"Bukan itu maksud Daiyan. Memang rumah ini ada banyak sangat kenangan dengan arwah ayah. Mana mungkin Daiyan terfikir nak buat macam tu. Cumanya, rumah ini macam dah hilang seri bila ayah dah tak ada," Luah Daiyan.

"Mak Cik pun rasa benda yang sama kan?" Daiyan menyoal.

Lambat - lambat Mak Cik Hajar mengangguk.

"Kalau mak cik pun rasa macam tu, apatah lagi Daiyan sebagai seorang anak. Setiap ruangan kat rumah ni, bilamana Daiyan lalu macam sentiasa ingatkan Daiyan pada ayah. Mak cik pun tahukan? Kita yang masih hidup ni, kena belajar untuk reda, lepaskan diri mereka yang dah pergi, kembali kepada pencipta. Sebab tu jugalah, Daiyan ambil keputusan untuk keluar. Daiyan nak ajar diri Daiyan untuk reda dengan ketentuan Tuhan,"

"Ya, mak cik faham. Susah, nak pujuk diri untuk terima pemergian orang yang kita sayang. Tapi kalau Daiyan keluar, Daiyan nak pergi mana, nak?" Terselit nada kerisauan dalam kata - kata Mak Cik Hajar. Manakan tidak, kali lepas saat Daiyan melangkah keluar daripada rumah ini setelah dihalau majikannya, berita anak muda ini ditangkap basah terus sampai ke pendengarannya.

Naluri keibuan Mak Cik Hajar, kalau boleh tidak mahu perkara semacam itu bahkan yang lebih teruk berulang kembali kepada Daiyan.

Daiyan yang memahami perasaan Mak Cik Hajar itu lantas mencapai tangan tua kepunyaan wanita lingkungan umur 60-an itu.

"Mak Cik jangan risau. Kan sekarang Daiyan dah boleh sama level dengan mak datin dengan rantai emas bling - bling tu! In Sha Allah, takkan apa - apa jadi punya," Daiyan cuba meyakinkan. 

Perihal dirinya pula yang boleh dikatakan setanding wanita - wanita bersuamikan lelaki kaya itu Daiyan langsung tidak  menipu, sementelah hampir seluruh harta kepunyaan arwah ayahnya diletakkan di bawah namanya sebagai pewaris.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now