44

250 10 0
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"Teh tarik tiga, lemon ais satu. Betul ke?" Termengah - mengah Daiyan menyoal sebaik sahaja ia telah tiba untuk menyampaikan pesanan.

Gila.

Rasanya dari pandangan mata, tidaklah begitu jauh kawasan lapang ini dengan warung namun apabila berjalan terasa benar penatnya!

"Ha, betul. Ni semua dah bayar tadi ya dekat sana," Lelaki yang mengenakan satu set pakaian merah jambu itu menyambut pesanan Daiyan dengan senyuman. Air lemon tadi mula disedut laju.

Daiyan yang sekadar menjadi pemerhati sekadar tayang senyum di situ. Hampir beberapa ketika, dia mula bersiap untuk melangkah pergi namun satu suara menghalangnya.

"Abby, you tahu extra kita tiba - tiba tak jadi datang hari ni? Boleh pula dia mesej dekat I last minute tadi cakap tak boleh pergi set sebab ada kenduri cukur jambul belah keluarga angkat dia?!"

"Aduh, macam mana boleh jadi macam ni Kak Engku?"

"Kalau I tahu, tak adanya I mengadu dekat you Nabil!" Wanita berturban itu sudah mula mahu menangis di situ dan pantas sahaja, Abby menghulurkannya plastik berisi air teh tarik.

Sedar yang dia tak sepatutnya berada di situ lama dan mencuri perbualan selanjutnya, Daiyan putuskan untuk pergi tetapi kali ini wanita dengan gelaran Kak Engku itu lebih pantas mendapatkannya.

"You boleh tolong jadi pelakon tambahan kitorang tak?" Soal wanita itu dengan sebelah tangan yang masih setia bersama - sama teh tariknya yang berbaki separuh.

Daiyan terkebil di situ.

"RM 75 per scenes. Is that good?" Satu tawaran diutarakan.

"Please, honey?" Kak Engku separuh merayu.

Daiyan pula serba salah. Hendak pula saat melihatkan kesungguhan wanita itu.

Nafas ditarik dalam sebelum Daiyan jatuhkan kepala, bersetuju.

***

Luth mula tak senang duduk. Sesekali dia tundukkan wajah, mengerling jarum jam di pergelangan tangannya.

Kalau kata marah, haruslah Daiyan bersikap begitu.

Kali lepas, saat Luth terpandangkan Daiyan dengan Ean berdua - duaan pun dia sudah naik gila, pasti sahaja kini Daiyan punya reaksi yang sama.

Fikiran Luth menerawang. Jaja yang sedari tadi rancak bersuara tidak dihiraukan. Mata Luth sebaliknya hanya memandang kawasan lapang yang Daiyan lalui tadi. Mula menanti kepulangan si isteri.

Kecewa, hampa, dan rasa seangkatan lainnya mula terlakar di wajah namun tidaklah perubahan itu ditegur Jaja dek masih ralit dalam dunianya sendiri.

Kalau tak dikenangkan keakraban ibu mentuanya dan ibu kepada gadis ini, sudah tentu awal - awal lagi Luth sudah pamit.

Lagipun, kalau diikutkan tujuan asalnya ke mari tadi adalah untuk melakukan kejutan buat Daiyan namun, lain pula yang terjadi kenyataannya.

Yalah, manusia hanya mampu merancang. Selebihnya, atas kehendak yang Maha Esa.

Boleh pula, Jaja yang datang menyambutnya kala itu. Bersungguh - sungguh juga gadis itu, mahu menghidangkannya bermacam - macam benda namun Luth terlebih dahulu menolaknya secara berhemah.

Sudahnya, Luth hanya memilih untuk pasrah.

Segala yang Jaja bualkan, dia hanya balas dengan anggukan sementelah hati Luth sendiri tak putus - putus berdoa supaya Jaja segera nyah dari ruang pandangannya.

Luth meronta mahukan Daiyan!

"Jaja!"

Siapa sangka, hajat Luth betul - betul dikabulkan.

"Alamak, Abang Luth! Mak panggil pula. Jaja pergi dekat dia kejap ya?" Soal gadis itu, sebelum mula menapak ke arah suara ibunya. Itupun dengan separa rela.

Potong line, betul! Jaja sempat mencemuh.

Di satu sisi lain, diam - diam Luth tarik nafas lega. Dia tunggu sehingga kelibat gadis itu betul - betul lesap ke ruangan dalam warung dan sejurus kemudian, Luth pantas letakkan beberapa keping wang di atas meja sebelum mula angkat kaki.

Figura sang isteri menjadi fokus utama.

Bukannya Luth tidak menyedari. Biarpun pandangan mata mereka tidak beradu, namun hati Luth berupaya meneka rasa walang yang bergumpal di hati Daiyan saat isterinya itu tahu dia dan Jaja duduk semeja.

Heh, yakinnya.

"Shooting memang biasa ramai eh?" Langsung sahaja, perbualan Luth dengan hati kecilnya digantikan dengan satu tanda tanya saat dia menapak di lokasi penggambaran.

Dah kenapa isterinya menuju ke tempat sebegini?

Sesekali, Luth picingkan matanya apabila dia terasa sukar untuk mencari keberadaan isterinya. Yalah, dengan keadaan silau dek matahari yang sedang tegak terpacak di atas kepala, ditambah pula dengan jumlah manusia yang boleh kata menyesakkan, memang mencabar seorang Luth yang dah sedia terhakis!

Itupun belum cerita lagi tentang kewujudan mata - mata yang memandangnya sinis apabila tiba - tiba menjejakkan kaki ke set.

Mahu sahaja Luth muntahkan lahar kemarahannya dengan sikap jelik yang ditonjolkan namun pantas sahaja hajatya itu disimpan dalam hati apabila ia berjaya temui insan yang dicari - cari sedari tadi.

Bibir lantas melorek senyum. Luth memuji kecantikan si isteri yang kala itu telah berubah kemerah - merahan wajahnya di bawak terik mentari.

Biasalah, lagipun kulit empunya tuan badan itu jenis yang putih melepak.

Luth mula buka langkah menghampiri namun sayang ada susuk tubuh lain yang terlebih dahulu mendatangi Daiyan sebelum Luth sempat berbuat demikian.

Kerutan mula terlakar di wajah Luth.

Jujur, tidak mengenali lelaki yang sedang berbicara dengan isterinya.

Oh, bukan setakat berbicara. Tambah pakej gelak ketawa bersama - sama!

Luth kepal penumbuknya. Tidaklah pula mahu ulang tayang semula perilaku gilanya terhadap Daiyan dahulu. Cumanya kalau hati tidak dipupuk untuk bersabar saat ini, memang ada yang balik dengan sebelah mata yang berlebam nanti!

Batin Luth menjerit geram.

Dia lelaki dan Luth terlebih tahu cara pandangan yang satu itu.

Tidak dapat tidak, Luth lantas percepatkan langkah.

Air muka Daiyan yang terperanjat disebabkan kewujudan Luth yang secara tiba - tiba hanya dibuat tak endah.

Luth hadiahkan senyuman kepada lelaki yang turut sama punya reaksi yang sama seperti sang isteri.

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now