30

357 16 5
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Boleh tahan juga, hampir setengah jam Daiyan dan Luth dileteri Puan Daliya.

Masih jelas lagi di ingatan wajah Puan Daliya yang nyata terkejut dengan pernyataan Luth.

Hanya selepas Luth tunjukkan kad nikah sebagai bukti, barulah wanita itu percaya.

Itu pun habis - habisan menjadi mangsa syarahan Puan Daliya.

Yalah, benda sebegitu. Ada ke patut dirahsiakan?

Tak memasal Puan Daliya sudah menuduh mereka berbuat perkara sumbang.

Puan Daliya pula lantas menggunakan kuasa vetonya. Elok sahaja dia mengetahui soal hubungan kedua - dua anak muda ini, terus disuruhnya Luth untuk berpindah masuk ke bilik Daiyan.

Luth amati bilik yang keluasannya menyamai hampir separuh kamar beradu miliknya.

Terdapat satu katil bersaiz queen sebaik sahaja pintu dibuka. Di hujung sebelah kanan ada sebuah almari kayu yang boleh dikatakan agak antik manakala di arah yang bertentangan dibina pula sebuah bilik air.

Dengan sekali pandang sahaja, Luth sudah tahu bahawa bilik ini merupakan bilik tidur utama.

Mungkin sahaja, Puan Daliya yang menyuruh Daiyan menetap di sini buat sementara waktu demi memastikan keselesaannya.

Luth letakkan beg galas yang berisi pakaiannya di sudut bilik sebelum memilih untuk duduk di birai katil terlebih dahulu.

Manakan tidak, tingkah isterinya yang lebih menarik perhatian kini. Entah apa yang diselongkar dalam almari antik itu Luth sendiri tidak begitu pasti.

Namun, semuanya terjawab saat Daiyan menutup pintu almari bersama - sama sebuah beg plastik jernih yang terkandung toto dalam pegangannya.

"Daiyan nak buat apa tu?" Spontan, soalan itu terbit daripada bibir Luth meskipun dia sendiri sudah tahu jawapan yang bakalan diberikan.

"Bentang totolah, nak tidur. Takkan nak main pondok - pondok pula tengah malam buta ni? Itu pun nak tanya," Memuncung Daiyan menjawab dengan tangan yang mula mengeluarkan tilam toto dengan corak bunga itu daripada begnya.

Luth ubah posisi duduknya, biar betul - betul menghadap sang isteri.

"Yalah... tapi tak selesa tu. Naiklah tidur dekat atas. Ruang pun banyak lagi ni, ha...." Luth mempelawa. Tangan lelakinya menepuk kasur katil.

"Amnesia eh?" Sinis Daiyan lontarkan pertanyaan sambil putarkan bebola mata. Daiyan seret tubuh ke almari pula, mahu mencapai sebiji bantal.

Luth yang mendengar hanya tayang wajah bingung, sedang mengalami kesukaran untuk menghadam makna di balik pertanyaan mudah Daiyan itu.

Daiyan lemparkan senyum, lebih kepada untuk menutup rasa mendidihnya kala melihat reaksi yang ditayangkan Luth kini.

"Kalau awak terlupa, saya boleh ingatkan. Saya ni kan orang penjara. Banyak kuman dengan penyakit yang saya bawa daripada sana. Nanti naik pula gatal - gatal badan awak bila saya duduk dekat. Inikan nak tidur sekatil tiba - tiba," Ucap Daiyan tanpa langsung memandang wajah Luth. Dia sebaliknya sibuk menepuk - nepuk tilam toto itu sebelum berbaring.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now