10

272 14 0
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"Daiyan, ada Apek Cina mana entah, buat request. Katanya nak kau deliver pesanan ni ke dia," Hendak tak hendak sahaja Sherry berkata kepada Daiyan.

Almaklumlah, terasa tergugat dengan kehadiran gadis itu. Kali lepas, Daiyan mencuri tumpuan dengan gosipnya yang terdahulu, kini si gadis dikenali dek kejelitaannya dalam kalangan staf. Cerita buruk tentangnya langsung terkubur seiring peredaran waktu.

Ditambah pula apabila ada permintaan khas daripada pelanggan yang tampan untuk Daiyan, makin menyirap dibuatnya Sherry!

Sherry meninggalkan Daiyan yang terpinga - pinga menuju ke ruangan memasak.

"Tak apa, Sherry. Kacak tak semestinya duit poket dia tebal juga. Masa kau akan sampai nanti, dan lelaki itu mesti lagi perfect!" Sherry berkata sendirian sebelum tangannya lincah meneruskan kerja memasak.

Sherry, Sherry. Sayang, dia tidak tahu gerangan si kacak yang dimaksudkannya itu merupakan seorang juruterbang!

Daiyan pula terus bergegas menuju ke meja yang barusan memesan hidangan yang perlu dihantarnya.

Daiyan menatang dulang dengan penuh berhati - hati sehingga sampai ke destinasi.

"No. 15, french toast with cinammon sugar?" Daiyan menyoal terlebih dahulu sebelum meletakkan hidangan. Bimbang kalau - kalau dia salah menghantar pesanan.

"Sorry, cinammon sugar? Saya ada minta ya? Kalau yang hantar pun manis orangnya, saya pula makan benda manis, kenalah diabetes nanti!" Si lelaki yang sedari tadi tunduk melihat skrin telefon lantas mengangkat wajahnya selepas itu.

Daiyan terkaku seketika. Tidak menyangka insan yang dia temui di rumah sakit beberapa hari yang lalu ada di depan mata.

"Oh, salah ya? Ean pesan apa tadi? Saya pergi tanya bahagian dapur lagi sekali?" Daiyan beriak profesional. Meskipun Ean boleh dikatakan peramah, Daiyan tetap mengingatkan dirinya bahawa lelaki itu hanyalah sahabat Luth dan bukan sesiapa padanya.

"Tak adalah. Betul je makanan ni. Saja, nak usik Daiyan. Daiyan dah makan?" Ean selitkan soalan di hujung bicara sekali gus mengubah hala tuju perbualan mereka.

Daiyan pula hanya menggelengkan kepalanya polos. Jujur, memberikan reaksi.

Semuanya gara - gara dirinya yang sudah lama tidak bekerja lantaran perlu ditahan di hospital buat beberapa hari.

Alhasilnya, hari pertama Daiyan kembali memulakan tugasnya dia terjaga sedikit lambat daripada biasanya.

Lazimnya, Daiyan akan mengisi perutnya terlebih dahulu sebelum memulakan harinya, namun disebabkan hal sebegitu berlaku, dia terpaksa ikat perutnya sehingga tamat waktu bekerja.

"Lah, kenapa tak makan lagi? Awak tu baru discharge tau. Tak eloklah skip meal macam tu je," Ean lembut menasihati. Pinggan berisi makanan itu turut ditolak sekali ke arah Daiyan.

"Ambillah toast ni, buat makan,"

Mendengar cadangan yang diutarakan Ean itu, Daiyan lantas menggeleng perlahan.

"Eh, mana boleh macam tu. Nanti apa pula staf lain kata," Daiyan menolak dengan hormatnya bersama - sama senyuman nipis yang ditampal di bibir.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now