07

244 14 0
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"Pinggan yang dah rosak tu ada jenama. Pfaltzgraff, saya tempah khas dari Amerika Syarikat. Satu set dia 98 U.S. Dollar. Bersamaan RM 436.39 kalau tukar kepada duit kita,"

Semua diam, tundukkan wajah. Tidak mahu bertentang mata dengan majikan mereka. Ruang pejabat yang terasa lapang seolah sesak mencengkam dada kini.

"Dan saya rasa, Qowiy dah peringatkan semua. Lagi - lagi pada staf yang masih baru di sini tentang tatacara untuk kendalikan segala harta milik restoran. Jadi, sekarang siapa yang nak bertanggungjawab dekat semua kerugian ni?" Luth berpeluk tubuh, sambil - sambil itu matanya melirik ke arah ketiga - tiga orang kakitangan restoran yang berada di hadapannya kini.

Di satu sisi yang lain, Daiyan tersentak hebat saat perkataan 'masih baru' itu Luth tekan. Terlebih tahu, segala kata - kata tadi dituju kepadanya. Lagipula, hanya dia dalam kalangan mereka yang dipanggil baru memulakan kerjanya di sini.

Daiyan cuba kumpulkan keberanian yang ada. Dia kerahkan kudratnya untuk membuka mulut yang dirasakan kian berat itu, mahu mengakui yang segala kekusutan yang terjadi ialah puncanya.

Namun sayang belum sempat dia berbuat demikian, ada yang lebih dahulu bersuara.

"Saya bos," 

Serentak itu, Daiyan kalih pandangannya ke arah Kak Mariya. Wajahnya berkerut, cuba mentafsir makna di sebalik tindakan wanita itu dan dalam masa yang sama ingin memberitahu Kak Mariya sesuatu.

"Saya yang salah. Sepatutnya sebagai staf yang senior, saya tolong sama pantau tapi tak. Saya yang cuai dan terlepas pandang," 

"Akak...." Daiyan berbisik perlahan.

Kenapa Kak Mariya begitu sanggup menanggung perkara yang terang - terangan bukan salahnya?

"Terima kasih atas kejujuran awak Mariya dan sebagai orang lama, awak tahukan saya jenis manusia yang macam mana?"

Mariya jatuhkan kepalanya perlahan.

Luth atur langkah ke meja kerjanya. Sehelai sampul surat berwarna perang terang dikeluarkan dari laci meja.

"Ini duit gaji awak untuk bulan ini. Ambil lepastu kemas barang - barang awak dekat dalam loker staf," Luth mengarah senada selepas sampul itu bertukar tangan.

"Semua boleh bersurai," Sambung Luth lagi selepas itu.

Usai sahaja Luth berkata, Mariya dan yang lainnya mula meninggalkan ruangan pejabat itu. Hanya Daiyan yang masih menunggu di situ.

Saat pintu terkatup sekali gus menandakan mereka sudah keluar, Daiyan guna kesempatan yang ada untuk berbincang secara dua mata dengan Luth. Meja kerja lelaki itu dihampiri.

"Luth....."

"It's Mr. Luth for you. Remember in this place, you're nothing but one of my co-workers," Cantas Luth dingin.

"You owe me an explaination, Mr. Luth!"

Drastik, Luth angkat wajahnya tepat memandang Daiyan. Bibir mula menggarit senyum sinis selepas dia labuhkan punggung di atas kerusi pejabat empuknya.

Tuhan Akhiri DeritakuNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ