12

295 14 1
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Sakit, itu yang Daiyan rasa namun jika hendak dibandingkan dengan badan, hatinya jauh lebih terkesan.

Luth kata dia begitu membenci tetapi apa yang jadi?

Lelaki itu sendiri yang ratah tubuhnya tanpa belas, letakkan Daiyan di tempat yang lebih rendah tarafnya daripada seorang pelacur!

Daiyan seka air mata yang mula bertakung. Tidak ada gunanya dia mahu bazirkan air matanya demi lelaki semacam Luth itu.

Pakaian miliknya yang beterabur di lantai segera dicapai lalu disarungkan semula ke tubuh secara ala kadar.

Daiyan turunkan kedua - dua belah kaki perlahan menjejak lantai. Wajah berkerut menahan perit, namun dia tetap gagahkan diri untuk melangkah keluar daripada bilik Luth.

Bimbang kalau - kalau lelaki itu keluar daripada bilik mandi nanti, dirinya akan dimarahi gara - gara masih lagi beradu di sini.

***

Salam diberi selepas Daiyan menyudahkan kewajipannya sebagai seorang muslimah.

Tangan diangkat tinggi ke langit, menadah doa kepada Yang Maha Esa. Daiyan mahu curahkan segala - galanya kepada Sang As-Samii'.

"Ya Allah Ya Tuhan-ku, aku hanya hamba yang lemah. Aku sedar diri ini kerdil jikalau hendak dibandingkan dengan-Mu yang Maha Besar," Daiyan sudah sebak meskipun baru sahaja mula melafazkan doanya.

"Ya Rabb, aku sakit, aku sedih. Suamiku, lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung kepada diri ini, tapi sebaliknya dia yang menyakiti tubuhku dengan tangannya sendiri...." Daiyan lap pula air mata yang kian teruk membasahi kulit wajahnya.

"Kau tamatkan semua episod dukaku ini. Aku tak kuat Ya Allah jikalau bukan kerana-Mu.... Aku tak mahu menjadi hamba yang sentiasa mempersoalkan takdir hidupnya. Aku mohon. Tuhan, akhiri deritaku...." Daiyan pasrahkan semuanya kepada yang berada di atas sana.

Tuhan itu tidak kejam bahkan lebih suka dengan hamba-Nya yang sentiasa meminta - minta. Daiyan yakin akan itu.

Usai mengaminkan doa, Daiyan mencapai sebuah tafsir Al-Quran kecil yang diletakkan di sisi bantal tidurnya.

Tangan mula menyelak helaian demi helaian, mencari muka surat yang tertulis Surah Ad-Dhuha.

Surah yang satu ini bukan sahaja sinonim dengan fungsinya untuk membuka pintu rezeki malah dapat mengubati diri yang dilanda kesedihan serta kesunyian.

Hal ini kerana, surah ini asalnya diturunkan kepada Rasulullah S.A.W untuk memberitahunya bahawa Allah tidak pernah meninggalkan baginda meskipun apabila kehilangan insan - insan yang dicintai.

Daiyan terus menyelak namun kerjanya terhenti seketika apabila hatinya terdetik untuk membaca salah satu terjemahan ayat daripada Surah Al-Ankabuut.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-'Ankabuut 29:2)

Mata Daiyan bergerak membaca tafsir ayat yang seterusnya, mahu mencari jawapan bagi persoalan yang dirakam ayat kedua surah itu.

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-'Ankabuut 29:3)

Tuhan Akhiri DeritakuDove le storie prendono vita. Scoprilo ora