15

324 10 0
                                    

Fakta kesihatan yang tertulis dalam bab ini dipetik daripada Google. Segala kekeliruan amat dikesali.
≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"Daiyan nak pergi mana ni?" Mak Cik Hajar yang kebetulan baru siap dengan kerja jemuran menegur Daiyan yang sepertinya sedang tergesa - gesa dengan beg pakaiannya.

Hati tuanya tertanya, mengapa anak majikannya berkelakuan sedemikian walhal di dalam kereta tadi seingatnya gadis itu begitu teruja untuk berjumpa dengan ayahnya.

Naik satu kerutan di dahi Mak Cik Hajar lagi - lagi apabila dia melihat Daiyan membawa beg  kepunyaannya bersama - sama.

Ke mana gadis itu mahu pergi lagi?

"Daiyan nak pergi mana ni?" Mak Cik Hajar ulang soalan yang sama buat kali kedua.

Daiyan yang pada ketika itu sedang membelakangi Mak Cik Hajar pejamkan matanya sesaat. Serasa kalau tidak disabarkan hatinya kala ini, mahu sahaja dia muntahkan api kemarahannya dek tidak tahan terus diasak dengan persoalan.

"Mak Cik kenal Luth, lelaki yang selalu datang sini waktu Daiyan tak ada? Kalau mak cik kenal dia, mak cik tolong telefon Luth untuk jaga ayah," Pinta Daiyan, tanpa menjawab soalan Mak Cik Hajar selepas dia pusingkan tubuh menghadap wanita itu pada akhirnya.

"Kenapa tiba - tiba ni Daiyan? Itu kan ayah kamu...."

Daiyan tertawa halus selepas itu menyebabkan Mak Cik Hajar lantas diam tak terkata.

"Ayah?" Daiyan menyoal lucu.

"Layak ke, orang yang abaikan anak sendiri tu digelar ayah?"

"Layak ke, orang yang tak mahu terima balik anak sendiri walaupun dia dah berubah digelar ayah?"

"Layak ke, orang yang senang - senang bagi ruang anak dia untuk dianiaya tu digelar ayah?"

PANG!

Sejurus selepas Daiyan habiskan katanya, Mak Cik Hajar layangkan satu penampar sulung tepat pada wajah Daiyan.

"Mak Cik pukul Daiyan?" Daiyan bertanya tidak percaya.

Tangan kanan naik mengusap wajah yang terasa kebas kesan daripada tamparan. Sekali lagi, kelopak mata Daiyan kian terasa hangat. Tak pasti, berapa kali dia sudah menumpahkan air mata pada hari ini.

Setakat tamparan seorang wanita berusia, berapa kuat sangatlah impaknya membuatkan Daiyan tidak begitu ambil kisah. Lagipula, selama Daiyan tinggal dengan Luth, dia sudah kena perkara yang lebih teruk daripada itu.

Cuma itulah. Mengenangkan Mak Cik Hajar, insan yang amat lemah lembut kini telah naik tangan ke atasnya membuatkan hati Daiyan berdetak kecewa.

"Seburuk mana pun apa yang tuan pernah buat, dia tetap ayah kamu. Jangan hidup bertongkatkan langit sangat, Daiyan. Kita bukan siapa - siapa kat dunia ni kalau bukan sebab mak ayah kita. Daiyan kena ingat benda tu," Mak Cik Hajar kendurkan nada suaranya saat perasan akan perubahan riak wajah Daiyan itu.

"Mak cik bukan dekat tempat Daiyan. Mak cik tak rasa apa yang Daiyan rasa! Sebab tu mak cik boleh cakap apa yang mak cik suka," Daiyan membalas, kasar. Tak sedar dia sudah berubah kurang ajar.

"Semua mak ayah kat dunia ni sayangkan anak dia, termasuklah ayah Daiyan sendiri. Walaupun mak cik tak tahu apa yang dah jadi, tapi mak cik pasti ayah cuma nak terbaik untuk Daiyan. Cumanya, mungkin jalan yang diambil tu tersasar. Percayalah, Daiyan. Mak cik pun ada anak. Mak cik tahu,"

"Tipu!" Daiyan membentak.

"Mak cik tak paksa Daiyan untuk percaya apa yang mak cik nak kata lepas ini,"

Daiyan sudah tayang muka meluatnya. Tak faham, mengapa Mak Cik Hajar begitu bersungguh - sungguh untuk menyakinkannya.

Barangkali ini merupakan arahan daripada Encik Hasnawi lagi, menggunakan Mak Cik Hajar sebagai insan yang boleh dikatakan agak rapat dengan Daiyan untuk memujuk rayunya.

"Tak lama lepas Daiyan pergi, tuan mula rasa tak sedap hati. Rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Tuan cuba cari Daiyan balik, tapi sayang Daiyan macam hilang tanpa sejak. Bukannya tuan punya usaha berhenti sampai situ. Tuan cuba bagai - bagai cara lagi. Tuan ada upah penyiasat peribadi tapi langsung apa pun tak jadi. Sampailah satu hari tu,  tuan tiba - tiba jatuh sakit. Lama. Rupa - rupanya, doktor sahkan ayah Daiyan ada kanser,"

Jantung Daiyan berdentum hebat.

Niat di hati mahu mempersoalkan ujaran Mak Cik Hajar itu namun ketika terpandangkan raut wajah yang serius itu, tahulah Daiyan segalanya bukannya satu penipuan.

Liur ditelan agak payah. Terasa sukar untuknya menerima berita yang disampaikan secara tiba - tiba itu.

"K.. kanser?" Daiyan menyoal setelah dia kumpulkan tenaga yang tersisa untuk berkata. Dia mahukan kepastian.

"Ya, Daiyan. Ayah ada kanser. Kanser otak. Dah tahap dua. Sel kanser tu dah merebak sampai ke tisu otot dan sebab tu jugalah Daiyan nampak ayah terlantar tadi, "

Allah!

"Kenapa? Kenapa ayah tak bagitahu langsung Daiyan pasal benda ni?" Daiyan tekup mulut, menahan bunyi tangisan yang semakin kuat.

"Sebab ayah tak nak buat Daiyan risau," Encik Hasnawi menjawab.

Serentak itu, kedua - dua pasang memandang figura tubuh yang berada di hadapan pintu rumah dalam keadaan yang bertongkat.

"Ayah rasa ayah buat pilihan yang tepat. Lagi - lagi bila ayah nampak semua bekas - bekas pukulan dekat badan Daiyan. Daiyan dah cukup sakit, takkan ayah nak tambah lagi kesakitan tu,"

"Tapi ini bukan benda main - main ayah! Daiyan patut tahu!" Daiyan membalas sekali gus membuka langkah ke arah ayahnya semula.

"Daiyan minta maaf ayah, Daiyan kurang ajar tadi, ikutkan sangat emosi. Apa yang Mak Cik Hajar cakap tu betul. Daiyan fikirkan Daiyan seorang sahaja, sedangkan Ayah pun sama terseksa sebab Luth," Ucap Daiyan.Nama lelaki di hujung kata itu disebut penuh benci.

Luth tahu ayah risau akan dirinya dan lelaki itu hadir, konon - konon untuk membantu meringankan beban Encik Hasnawi.

Bijaknya seorang Luth mengambil kesempatan dalam kesempitan!

"Sepatutnya ayah yang minta maaf dekat Daiyan. Ayah mudah percaya dekat orang. Ayah yang patut lindungi Daiyan, tapi ayah sendiri yang biarkan orang lain buat aniaya kat anak ayah. Ayah rasa gagal untuk jadi seorang ayah pada Daiyan," Encik Hasnawi menggeleng sayu seraya berkata. Huluran tangan Daiyan yang ingin mengucup tangannya ditepis lembut.

"Tak.... ayah tak gagal. Ayah, ayah yang paling terbaik dalam dunia. Kalau ayah gagal jalankan tugas sebagai seorang ayah, ayah takkan rasa risau langsung pasal Daiyan punya keadaan. Niat ayah baik, cuma sayang ada orang yang busuk hati rosakkan semuanya,"

"Tapi..."

"Ayah, apa kata kalau kita lupakan apa yang dah jadi? Daiyan nak mula semula, nak baiki hubungan kita berdua. Kita tinggalkan semua cerita yang pahit tu, boleh ya ayah?" Pinta Daiyan. Sebelah tangan Encik Hasnawi yang masih bebas lantas diraih.

Encik Hasnawi tanpa berkata apa - apa, jatuhkan kepalanya.

Daiyan koyak senyum. Buat kali kedua, dia tarik tubuh Encik Hasnawi ke dalam pelukan.

Rasa gembiranya kali ini, tak dapat dibendung lagi.

Daiyan akan pastikan, kebahagiannya yang kini mulai mekar bakal tidak dimusnahkan oleh mana - mana tangan halus lagi.

Mak Cik Hajar turut sama tersenyum melihatkan momen bahagia kedua - dua anak beranak itu.

Dia panjatkan doa, moga - moga bibir indah yang mula terbit bibit - bibit senyum itu akan kekal selamanya. Daiyan sudah cukup bertemankan air mata. Sudah tiba masanya Daiyan rasakan apa itu bahagia semula.

≿━━━━༺❀༻━━━━≾
Not gonna lie, this is one of the hardest chapter to write!

Anyway, siapa setuju kalau Nina kata Mak Cik Hajar carry chapter kali ni?

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now