31

349 14 1
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"Daiyan?" Gemersik suara Luth menyeru nama si isteri.

"Hmm..." Daiyan sekadar menggumam.

"Oh Daiyan," Luth cuba buat benda yang sama buat kali kedua. Bahu wanita itu turut digoncang sedikit.

"Hmm..." Makin panjang Daiyan bergumam dengan mata yang masih terpejam rapat.

"Sayang?"

"Ish, awak ni dah kenapa Luth?!" Langsung terbuka kelopak mata Daiyan saat terdengarkan panggilan Luth gunakan kepadanya. Luth yang berbaring di sebelahnya lantas dijeling.

Walhal kala itu, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa teruknya naik kadar degupan jantungnya dengan gelaran yang Luth lemparkan itu.

"Dah subuh. Sebab tu abang kejut," Luth hanya mampu membalas dengan senyuman, membiarkan sahaja Daiyan yang sudah masam mencuka wajahnya.

"Lepas tu awak expect saya buat apa? Bangun, siapkan diri, lepastu get ready untuk jadi makmum awak? Luth, awak sedar tak kita punya hubungan tak sama macam suami isteri yang lain? Awak fikir apa, semua rasa sakit yang saya rasa dari hari pertama saya jadi isteri awak boleh hilang sekadar dengan ucapan maaf tu dalam sekelip mata ke?" Sembur Daiyan tak tertahan. Sesekali, Daiyan renyuk kain baju lengan panjangnya pada bahagian dada.

"Abang tak ada niat nak cakap macam tu pun... abang faham,"

"Tak, Luth. Awak takkan pernah faham. Awak tak rasa apa yang saya rasa. You're not even in my shoes!" Potong Daiyan. Suaranya mula meninggi, tak terkawal.

"Ya, tapi abang tengah usaha Daiyan...." Ucap Luth separa merayu.Wajah Daiyan ditatap penuh kasih selepas itu, meskipun Luth tahu rasa di hati Daiyan tidak serupa.

"Abang takkan pernah putus asa raih kemafaan daripada isteri abang. Walaupun mungkin 1000 tahun pun masa yang abang perlu tempuh, abang sanggup. Sekarang pun, abang takkan minta Daiyan buat apa - apa yang Daiyan tak suka. Cukuplah sekali aje, dan abang akan pastikan itu yang terakhir. Abang akan bagi Daiyan ruang, ambillah selama mana yang Daiyan perlu. Abang takkan ganggu Daiyan, cuma...."

"Cumanya apa?" Sinis Daiyan bertanya.

Heh, manusia. Perkataan 'cuma', 'kalau' dan 'tapi' sentiasa tak pernah lari daripada bicara mereka setiap hari. Gunakan 3 beradik itu untuk cipta alasan bagi setiap onar yang ditimbulkan.

"Cumanya, boleh tak Daiyan angkat tangan Daiyan yang tengah peluk abang ketat - ketat ni? Abang tak boleh nak bergerak," Jawab Luth jujur seraya mengisyaratkan sang isteri untuk melihat ke arah bawah sesuai isyarat mata yang dilakukan.

"Ish, kenapa tak cakap aje daripada awal tadi!?" Sebal Daiyan berkata sambil lekas - lekas leraikan belitan tangannya pada tubuh tegap Luth.

Mukanya pula tak usah dikata. Habis memerah tak ubah seperti udang yang sudah dipanggang jadinya kerana malu yang teramat.

"Terima kasih, ya sayang?" Panjang akal Luth mengusik sang isteri sebelum pantas menghilangkan diri ke dalam bilik mandi.

Daiyan pula tekup wajahnya dengan bantal.

Malu!

Padahal rasanya semalam, dia yang beria - ia berikan Luth arahan supaya tidak berani - berani menceroboh kawasan masing - masing.

Tuhan Akhiri DeritakuHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin