34

259 11 0
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"Saya nak kena mengurut dekat kampung sebelah pula hari ni," Daiyan bersuara, sekali gus memecahkan kesunyian antaranya dan Luth dalam kamar beradu ini sedari tadi.

Terpaksa? Rasanya.

Semuanya gara - gara Puan Daliya yang bersungguh - sungguh mengingatkannya untuk memberitahu Luth. Sejak ketika dia membantu ibunya di dapur tadi pagi sebetulnya.

Terngiang - ngiang di ruang minda, ucapan Puan Daliya beberapa ketika tadi tak ubah seperti sebuah kaset rakaman suara yang telah rosak.

"Kamu tu, kalau boleh pergi mana - mana biarlah dengan Luth sama. Kamu sedar tak kalau kamu seorang, orang ingat yang kamu ni masih anak dara? Bukannya bakal ibu. Bukannya macam isteri orang. Perut kamu tu. Tak ketara sangat bentuknya. Kalau dulu, ibu bolehlah tutup mata bila kamu nak berdikari. Tapi sekarang lain kejadiannya...."

Daiyan tak mahu jadi seorang anak derhaka, lantaran itu dia hanya menurut tanpa banyak kata meskipun banyak sebenarnya yang dia mahu persoalkan.

Luth pula di satu sisi lain, hanya mengangguk. Mengiakan. Namun, tiada siapa tahu akalnya melayang ke mana. Pandangan matanya ditumpukan pada satu pemandangan indah. Lama.

Indah itu, isterinya.

Beruntung? Lebih sejujurnya.

Daiyan ditilik tanpa bosan.

Cantik, itu pujian yang ia lemparkan.

Solekan tipis yang dikenakan sedikit sebanyak menaikkan seri wajah itu yang sedia ada. Selendang yang digayakan untuk menutupi mahkota indah itu pula cukup untuk menipu mereka di luar sana tentang usia sebenarnya.

"Abaya?" Luth menyoal, lebih kepada diri sendiri.

Daiyan yang telinga lintah itu pula pantas kalihkan tubuh. Dia sandarkan belakang badan pada meja cermin solek. Tangan dilipatkan ke dada. Jelas riak masam terpancar di wajah.

"Kenapa? Ada masalah ke?"

Luth pantas gelengkan kepala.

Entah bagaimana pula perkara yang cuma diberitahu kepada diri sendiri itu boleh sampai ke pengetahuan sang isteri.

Aduh, sabarlah duhai hati!

"Tak adalah... hari tu waktu pergi pasar raya bukan pakai yang sama juga ke?"

Daiyan julingkan mata ke atas.

"My body my choice right afterall?"

"Yalah, badan Daiyan memang hak Daiyan," Macam biasa, Luth tetap paksakan bibirnya untuk senyum kali ini.

Daiya mengangguk sekilas. Tak lama sebelum dia kembali bersuara.

"Oh, saya faham! Lelaki yang hebat, ada tempat dalam masyarakat macam awak ni kena jaga penampilan kan? Dan sebab saya ni yang entah macam mana tiba - tiba boleh terkahwin dengan awak ni, mestilah kena buat benda yang sama, betul?" Daiyan bertanya, memohon kepastian daripada Luth. Tanpa menanti jawapan daripada bibir lelaki itu, Daiyan kembali teruskan bicara.

"Mesti susah, ada isteri macam saya kan Luth. Apalah orang kata dekat awak? Kesiannya dia, punya segak tapi isteri selekeh. Pakaian kolot. Nampak kampung. Tak sepadan langsung!"

"Daiyan...." Luth seru nama isterinya perlahan.

Cukup tak suka apabila isterinya lemparkan kata - kata nista sebegitu pada diri sendiri.

"You know what, Luth? You can find someone better than me. Yang sesuai. Sekufu. Yang sama status. Bukan bekas banduan ni...."

"Daiyan, abang tanya pasal baju je.... Kenapa nak sampai masuk bab cari lain segala ni?" Caras Luth sekali gus mematikan bicara Daiyan. Nada hampa kedengaran terselit sama.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now