08

242 15 0
                                    

⚠️Trigger warning: Domestic Violence
Read at your own risk
≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"Hachoo!"

Daiyan gosok hidung yang dirasakan berair. Masuk kali ini, sudah kali ke berapa dia bersin.

Satu keluhan panjang keluar daripada bibir Daiyan, mula mengutuk tindakan sendiri tempoh hari yang meredah hujan sewaktu pulang.

Lupa agaknya dia hal yang selalu dikata orang tua, orang yang jarang jatuh sakit itu sekali ditimpa penyakit dia juga yang perlu menghadap azab yang maha perit.

Hendak menyesal kini tiada guna kerana nasi sekarang sudah menjadi bubur.

Tidak dapat tidak, terpaksalah Daiyan tahan diri dan teruskan bekerja seperti biasa. Kalau diikutkan hati, sebenarnya Daiyan mahu habiskan harinya dengan hanya berehat di bilik sehingga dirinya betul - betul pulih namun apakan daya keadaan lebih memaksa.

Malas. Itu yang menjadi asbab utama Daiyan tetap gagahkan diri. Dia malas mahu mendengar cemuhan dan kata - kata jelik yang bakalan lahir dari bibir Luth nanti.

Lagipula, lelaki itu bukannya begitu ambil peduli akan keadaanya. Silap hari bulan seandainya tubuhnya didapati tidak bernyawa, Luth menjadi insan pertama yang akan bersorak riang atas pemergiannya.

Sebelum bergerak ke restoran tadi pagi, Daiyan ada menelan beberapa biji panadol. Berharap dengan itu, rasa sakitnya akan mulai surut tetapi kondisi dirinya tetap sama. Tiada perubahan yang positif dapat diperhatikan.

"Haih... nak tak nak kena pergi klinik juga ni," Gumam Daiyan sendirian setelah puas berfikir panjang.

Daiyan mahu segera sembuh. Dia tidak mahu sakitnya menjejaskan kualiti kerjanya. Daiyan merasakan ada perlunya dia mengeluarkan sedikit wang belanja untuk hal - hal sebegitu.

Kalau dahulu, acapkali dia ditimpa sakit Daiyan akan terus bergegas ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut. Meskipun Daiyan seorang yang jarang jatuh sakit, tubuhnya akan mengambil masa yang lama untuk kembali pulih. Oleh sebab itu, dia perlu mengambil ubat antibiotik.

Cuma satu, harga ubat antibiotik itu agak tinggi ditambah pula dengan situasi Daiyan kini. Daiyan sangka, dengan hanya bergantung melalui panadol dia dapat pulih namun nampaknya dia tetap memerlukan bantuan antibiotik.

***

Tengah malam itu, Daiyan mengintai dari tingkat bawah. Mahu memastikan Luth yang berada di atas sana sudah tidur atau sebaliknya.

Melihat daripada keadaan lampu di tingkat atas yang malap, Daiyan terus atur langkah ke dapur dengan lagak yang tak ubah seperti seorang pencuri.

Tiba sahaja di sana, dia terus menyelongkar kabinet dapur. Sebuah periuk bersaiz sederhana dicapai sebelum dia tundukkan tubuh lalu mengambil segenggam nasi di dalam tong beras.

Ya, Daiyan tahu dia melanggar larangan Luth namun ini sahaja pilihan yang dia ada!

Daiyan perlu isi perutnya terlebih dahulu sebelum mengambil ubat dan sepatutnya dia sudah makannya lama namun disebabkan ketiadaan makanan, Daiyan terpaksa tahan matanya semata - mata mahu mengambil sedikit makanan kepunyaan Luth.

Silapnya. Daiyan sendiri tidak menyedari bungkusan roti yang dia telah beli beberapa hari yang lepas sudah tamat tempohnya. Hendak berpatah balik ke kedai, waktu sudah bertukar malam tika itu.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now