♡♡

200 6 1
                                    

Assalamualaikum and hai; saya nina_airis, insan penting di sebalik perjalanan Luth dan Daiyan. Dan sebelum terlupa, empunya badan lebih gemar membahasakan diri sebagai Nina.

Macam tak percaya; itu yang Nina rasa bila akhirnya tepat pada jam 0008 dengan tarikh 13 Januari 2024, kisah kedua - dua pasangan ini berjaya Nina noktahkan.

Kalau mahu diungkapkan perasaan daripada awal Nina mula menggarap kisah ini sehingga ke ayat terakhirnya, jujur Nina kata. Satu ruangan ini pun tak habis sebenarnya.

Cukup Nina ceritakan, sepanjang pembikinan kisah dua pasangan ini banyak yang Nina hadapi. Ada suka, ada duka. Ada pahit, ada manisnya. Ada jatuh, ada bangunnya.

Dan di kesempatan ini juga, sekalung ucapan terima kasih Nina hadiahkan kepada para pembaca yang sudi untuk luangkan masa membaca karya Nina yang tak seberapa. Tanpa kalian sedar, ini sedikit sebanyak mendorong Nina untuk terus melangkah.

Eh, penatlah sedih - sedih. Okey, nak bagi happy balik.... apa kata kita main game QnA?



1. Apa perasaan anda sepanjang baca kisah ini? (Boleh kemukakan lebih daripada satu jawapan)

2. Apa pengajaran yang anda dapat ambil daripadanya?

3. Bahagian apa yang anda rasa paling menarik dalam kisah ini?

4. Watak kegemaran anda, dan mengapa?

5. Kalau boleh recommend dekat orang lain, adakah anda akan berbuat demikian?

6. Last question, Luth sebenarnya baik ke jahat? Justifikasikan jawapan anda.

Thank you for you particpation!
\(^-^)/

Siapa cakap dah habis?

Okey, sebelum Nina habiskan semua. Nina nak beritahu sesuatu.

Nina tahu, mungkin masih ada yang tak puas dengan kisah mereka dan Nina ambil peluang ini untuk cakap....

Dengan sukacitanya, ada kisah istimewa yang bakal dimuatnaik kemudiannya.

Kisah istimewa?

Ya! Tapi, sebelum itu... Nina nak minta tolong. Satu je.

Tolong ramaikan cerita ini? Jemput - jemputlah kawan, saudara mara, jiran tetangga, kucing belakang rumah dan siapa - siapalah untuk naikkan cerita ini.

Usaha anda semua jujur Nina hargai. Jumpa di bab istimewa nanti!

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now