05

258 18 2
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Selepas sahaja bibirnya menguntumkan ucapan terima kasih, Daiyan mengira wang upahnya pada hari ini. Jikalau ditolak tambah dengan wang saku asalnya, cukuplah untuk dia menampung perbelanjaannya sehari - sehari selagi mana dia berjimat - cermat.

Begitulah rutin Daiyan kini; mengutip bahan - bahan yang boleh dikitar semula dari kawasan perumahannya sejak waktu fajar mulai menyinsing lagi. Waktu tengah harinya pula dihabiskan dengan menggalas tanggungjawabnya sebagai seorang suri rumah.

Walaupun hubungannya dengan Luth tetap dingin, Daiyan tidak mahu menjadikannya satu alasan untuk dia sewenang - wenangnya lari daripada tugasannya sebagai seorang isteri.

Daiyan akui, dia masih lagi sedang bertatih dalam melayari bahtera rumah tangga. Sungguhpun begitu, dia tahu pasangan suami isteri itu seharusnya saling melengkapi; bererti seandainya salah seorangnya api maka pasangannya sewajarnya menjadi air. Secara mudahnya, perkahwinan yang bahagia itu boleh dicapai melalui sikap toleransi.

Cuma untuk kes Daiyan, dia tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi menggunung. Cukup sekadar Luth sudi menerima kehadirannya sebagai seorang isteri itupun sudah lebih daripada memadai.

"In Sha Allah. Semuanya akan okey," Daiyan berbisik kepada dirinya sendiri.

Kuat, itu yang dia cuba lakukan. Berharap satu saat nanti selepas hujan, pelangi yang indah bakalan wujud.

Tuhan itu Maha Pengasih lagi Penyayang. Dia tidak akan membebani seorang hamba melebihi kemampuannya.

***

Daiyan tiba di rumah. Kamar mandi menjadi hala tujunya kini. Sebuah baldi hitam dengan saiz sederhana dikeluarkan segala isinya lalu diletakkan di dalam singki seramik itu. Dibilas satu demi satu pakaiannya dengan air bersih kemudiannya diperah.

Usai siap semuanya, Daiyan menuju ke halaman rumah. Baju yang siap dibasuh itu diperah sekali lagi lalu disidai pada tembok rumah.

Bukannya tiada ampaian di sini, cuma Daiyan tidak mahu mengingkari arahan Luth yang merupakan tuan rumah untuk tidak sewenang - wenangnya menggunakan segala benda di sini.

Daiyan pula sekadar akur dengan perintah diberi. Oleh sebab itu sebaik sahaja Luth berkata sedemikian, dia terus bergegas membeli segala barangan peribadi untuk dia gunakan. Bermula daripada kelengkapan harian sehinggalah makanan serta minuman.

Baldi yang telah kosong itu dibalikkan dan turut dijemur di atas tanah sebelum dia melangkah kembali ke rumah.

Jam antik yang berada di tengah ruang tamu Daiyan lihat sekilas. Jarum jam hanya baru menunjukkan waktu 11.15 pagi.

Daiyan mundar - mandir. Sejujurnya, rumah Luth ini tidaklah begitu berselerak mana. Manakan tidak, yang menghuninya sekadar mereka berdua suami isteri. Itupun, boleh dikira dengan jari berapa kali sahaja Daiyan bersua muka dengan suaminya sepanjang dia menetap di sini.

Daiyan terus berjalan ke sana dan ke  mari sambil dalam diam memuji karpet jenis velvet yang dihamparkan betul - betul di kawasan ruang tamu. Gebu!

Eh, sekejap. Bercerita tentang itu, seingat Daiyan hampir keseluruhan bilik di sini mempunyai karpet. Biliknya pula kalau tidak silap terdapat sebuah penyedut hampagas.

Bingo! Bibir lantas melorek senyum selepas itu apabila mendapat satu ilham.

Hampir dua jam berhempas pulas, Daiyan akhirnya tersenyum lebar saat kerja memvakumnya telah selesai.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now