20

345 13 2
                                    

⚠️Trigger warning: self harm
Read at your own risk
≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"Hehehehe,"

Luth mendecit geram. Telefon pintarnya dihidupkan. Jam di skrin menunjukkan pukul 5 pagi, bermakna dia perlu bertahan buat hampir sejam lagi sebelum gangguan ini tamat apabila azan Subuh berkumandang.

Luth tekup telinganya dengan bantal kuat apabila bunyi itu terasa semakin menghampiri.

Beginilah rutin Luth sehari - sehari sejak dia mengalami gangguan. Hidup dalam serba ketakutan. Setiap masa rasa diperhatikan. Paling ekstrem, hampir sahaja dia mengalami kecelakaan jalan raya apabila 'Yana' tiba - tiba menumpang kenderaannya pada satu hari.

Sejak daripada itu, Luth ambil keputusan untuk hanya berkurung di rumah. Urusan perniagaannya semua diserahkan pada Qowiy selaku orang kepercayaannya.

"Mesti kau rasa takut kan? Rasa nak putus asa dengan hidup?" Soal 'Yana', seolah memancing Luth untuk bercakap dengannya sementelah mereka hanya berkomunikasi sewaktu kali pertama dia mendatangi Luth dulu.

Sungguhpun begitu, 'Yana' tidak pula memperlihatkan dirinya. Itupun setelah Luth ambil keputusan untuk tinggal di dalam bilik yang pernah menjadi kepunyaan Daiyan dulu. Hanya ruangan  kecil itu sahaja yang sepertinya wujud halangan untuk 'Yana' tunjukkan diri. Ironi, bukan?

Luth pejam kelopak matanya erat, memilih untuk cuba lelapkan mata meskipun dia sendiri tahu, itu cuma sekadar tidur ayam semata - mata.

"Kalau kau nak tahu, macam tulah apa yang Daiyan rasa dulu waktu kau layan dia teruk! Tak, kau bukan layan teruk je, kau buat dia lebih daripada tu. Kau seksa dia, sakitkan badan dan perasaan Daiyan, kau pukul dia, dan yang paling tak masuk akal, kau buat dia macam pelacur! Kau rogol isteri kau sendiri! Suami jenis apa kau ni?"

"Lagi baik aku mati daripada terus ada kat sini, itu yang kau nak bagitahu kan?" Luth memotong pada akhirnya. Bukan tak tahu, itu yang 'Yana' selalu tekankan, mati adalah yang terbaik untuk manusia kejam sepertinya. Bukan itu sahaja, mungkin gelaran manusia pun tak layak digunakan ke atasnya.

Luth bingkas bangkit daripada pembaringannya.

Entah daripada mana, dia punya rasa berani kembali tetapi Luth kali ini terus membuka pintu bilik itu tanpa berfikir dua kali.

"Jangan risau. Aku sendiri yang akan cabut nyawa aku hari ni. Aku akan buat apa yang kau hajatkan sangat tu," Tegas Luth sebelum dia capai kunci kereta Lexus LC nya.

***

Matahari kembali munculkan diri. Sinarannya mula menerangi Bumi, menandakan satu hari yang indah bakalan wujud lagi.

Namun, situasinya adalah berbeza bagi Luth.

Keracunan karbon monoksida. Salah satu cara membunuh diri yang agak tak menyakitkan dan mudah untuk dilakukan.

Tidak perlu menyeksa diri, seseorang itu bahkan hanya perlu duduk dalam kereta yang sekadar dihidupkan bersama - sama penyaman udara sahaja.

Kebocoran sistem ekzos kenderaan yang pada akhirnya akan memasuki kabin kereta menyebabkan peningkatan gas karbon monoksida berlaku sekali gus berlakunya pula penurunan bekalan oksigen.

Simptomnya, seseorang yang mula mengalami keracunan gas itu akan mengalami keletihan, pening - pening serta pandangan yang kian kabur.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now