14

279 15 0
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"Apa yang penting sangat sampai ke rumah, Luth cari uncle ni?" Ramah Encik Hasnawi menyapa lelaki tinggi lampai yang sedang khusyuk melihat bingkai gambar yang cantik tergantung di satu sudut.

Luth pamer senyum menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi selepas palingkan tubuh. Tidak lupa juga, disalam tangan tua milik tuan rumah tempat dia berkunjung.

"Tak ada apalah uncle. Saja. Kebetulan, tadi ada jumpa orang dekat - dekat sini. Teringat dekat uncle, tu yang kaki ni ringan nak drive ke mari," Luth berseloroh.

Encik Hasnawi pula menyambutnya dengan ketawa, menzahirkan rasa gemarnya terhadap personaliti kepunyaan Luth yang sentiasa ringan mulut itu.

Encik Hasnawi kenal lelaki muda ini sebagai salah seorang rakan perniagaannya sejak beberapa bulan lamanya.

Memandangkan dia tidak punya sebarang anak lelaki, kehadiran Luth itu dianggap tak ubah seperti seorang anak kandungnya.

Atas sebab itu juga, Encik Hasnawi pernah mempelawa Luth untuk datang ke rumahnya dan alhasilnya hari ini lelaki itu betul - betul jejakkan kaki ke sini.

"Tuan, jemput minum?" Mak Cik Hajar yang kian menghampiri bersama - sama dulang di tangan lantas mengajak mereka untuk minum.

Encik Hasnawi mengangguk. Dipimpinnya Luth menuju ke sebuah gazebo yang terletak di luar rumah.

Usai sahaja Mak Cik Hajar meminta diri untuk menyambung kerjanya yang masih tergendala, Encik Hasnawi menggunakan kesempatan yang ada untuk bertanyakan Luth soalan.

"Macam mana dengan progress restoran Luth?" Soal Encik Hasnawi seraya mencicip perlahan kopi yang sudah pembantu rumahnya tuang dan sejukkan.

"Tinggal masukkan internet. Sekarang ini pula tengah iklankan job. Kalau tak ada apa - apa dalam dua tiga minggu lagi, bolehlah buka restoran tu," Balas Luth panjang lebar.

"Uncle jangan risau. Hari pertama Luth buka dia kepada umum, Luth bagitahu uncle siap - siap sekali," Usik Luth.

Mana boleh dia lupa akan salah seorang insan penting yang menjadi tonggak utama dalam menjadikan mimpinya untuk memiliki satu perniagaan menjadi realiti.

Lagipula, Encik Hasnawi merupakan orang yang menjadi tempatnya berhubung dengan sebuah syarikat perabot tempatan terkenal yang terletak di ibu kota.

"Uncle suka betul dengan Luth ni. Tak ramai anak muda yang bila berniaga ada usaha keras macam Luth ni," Encik Hasnawi luahkan pendapatnya berkenaan realiti pahit kebanyakan generasi muda yang mahu berkecimpung dalam bidang perniagaan.

"Biasa je uncle.... kat luar sana lagi ramai yang sukses daripada Luth ni," Luth membalas rendah diri.

Makin melebarlah senyuman yang tertampal di bibir Encik Hasnawi saat mendengar ujaran lelaki tinggi lampai di hadapannya ini.

"Uncle doakan semua yang Luth sungguh - sungguh usahakan ni dapat buahkan hasil yang memberangsangkan,"

"Amiiinnn," Ucap Luth seraya mengangkat kedua - dua belah tangannya ke langit. Diaminkan doa Encik Hasnawi itu.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now