51

253 8 0
                                    

Nota: tempoh berpantang bagi ibu mengandung ada dua

i. 2 minggu
ii. 44 hari, kalau ikut orang lama. (Daiyan buat yang ini)
≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Sedar tidak sedar, kini hanya tinggal beberapa hari sahaja yang Daiyan perlu tempuhi sebelum dia menamatkan tempoh berpantangnya.

Dan selama tempoh itu juga, Daiyan tetap gagahkan diri untuk berulang - alik ke hospital.

Berbuih sudah mulut Puan Daliya menasihati; berpuluh kali menyuruhnya mengutamakan kondisi diri namun seorang Daiyan tetap dengan sikap kepala batu.

Alasannya cuma satu. Kalau bukan dia yang menemani Luth siapa yang akan menunggu sehingga suaminya itu sedar?

Lantas, satu kata putus dicapai. Puan Daliya terpaksa persetujui permintaan Daiyan dengan satu syarat yang termetrai antara kedua - duanya.

Daiyan hanya boleh berada di hospital sesuai dengan tempoh lawatan sahaja. Itupun, mula berkuatkuasa selepas tempoh 2 minggu dia perlu berada di rumah.

Berat Daiyan untuk menerima, namun dia pujuk diri sedaya - upaya kerana ini sahaja peluang yang dia ada.

Akar umbinya satu. Mahu sambut tawaran itu atau hanya biarkannya tak ubah seperti angin lalu.

Dan begitulah rutin Daiyan sehari - hari. Kalau rutin wanita berpantang kebiasaannya dihabiskan dengan menerima kunjungan jururawat dan Mak Bidan, rutin Daiyan pula bertambah kepada menjejakkan kaki ke hospital.

Puan Daliya hanya menitipkannya ke sana sahaja. Selebihnya, Daiyan lakukan semuanya sendiri. Dia sendiri yang berkeras. Berusaha yakinkan Puan Daliya yang dia sudah punya kudrat. Tidak perlu terlalu dimanjakan.

Daiyan kuatkan semangat diri. Tipulah kalau sepanjang tempoh ini dia langsung tak merasa sakit dek keguguran.

Cuma pada hemat Daiyan, dia perlu kentalkan jiwa kerana kini Luth hanya bergantung harap padanya.

Daiyan menghabiskan masanya di sana. Menunggu dan terus menunggu. Menanti Luth untuk segera sedar daripada lenanya meskipun Daiyan sendiri tahu semuanya tidak akan semudah itu.

Namun, Allah itu sebaik - baik perancang. Dia tahu segala isi hati hamba-Nya.

Tiada apa yang terzahir di bibir Daiyan melainkan ucapan syukur apabila dia dikhabarkan tentang keadaan Luth yang sudah melepasi fasa kritikal dan sedang menjalani proses pemindahan ke wad biasa.

Dan atas permintaan Daiyan sendiri, Luth ditempatkan ke wad persendirian.

Pemeriksaan ke atas Luth dijalankan terlebih dahulu sebelum pasangan suami isteri itu ditinggalkan berdia - duaan.

Daiyan capai tangan suaminya. Digenggamnya sebelum dia labuhkan satu ciuman di sana.

"Assalamualaikum abang. Ini Daiyan," Daiyan ukirkan senyum pada bibir walaupun matanya kala itu kembali berkaca. Perkataan itu cuba dibiasakan untuk disebut.

Ya, abang.

Siapa sangka bukan? Walhal dulu Daiyan sendiri yang bermatian tidak mahu mengungkap kata panggilan itu.

Daiyan kemam bibirnya. Tak mahu timbulkan suara tangisan meskipun empangan air matanya hampir pecah. Sesekali, Daiyan usap jari - jemari kasar milik si suami.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now