214 1 0
                                    

SWN #1
(Sharing With Nina, pronounced as swɑːn)

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Koma

Secara mudahnya, koma itu adalah keadaan di mana seorang pesakit itu kelihatan seperti tidur. Cuma, dia berada dalam satu tidur yang sangat lena dan langsung tak berupaya dikejutkan sesiapa.

Bercerita lebih jauh tentangnya, koma dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

1. Keadaan paling kritikal, pesakit langsung tidak tunjukkan sebarang tanda untuk sedarkan diri.

2. Keadaan terjaga yang tidak responsif, pesakit terjaga namun tidak menunjukkan tamda untuk sedarkan diri.

3. Keadaan sedar minimum, sudah bangun dan menunjukkan kesedaran yang jelas tetapi minimum atau tidak konsisten.

Dari segi punca juga dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:

1. Traumatik. Punca yang wujud akibat kemalangan, terjatuh mahupun dipukul.

2. Bukan traumatik. Punca yang wujud akibat jangkitan kuman, strok atau lemas.

3. Penyakit otak progresif. Selalunya melibatkan warga emas yang menghadapi Alzheimers.

Tempoh untuk pesakit koma sedar adalah bersifat subjektif. Sungguhpun begitu, cepat atau lambat masa yang diambil bergantung pada beberapa faktor. Berdasarkan pengamal perubatan pula, tempoh maksimum ialah sebanyak 2 tahun.

Pesakit koma biasanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi. Mereka hanya dipindahkan ke wad biasa apabila mendapat keizinan pakar.

Pesakit yang telah sedar dikehendaki untuk melakukan terapi. Hal ini untuk bertujuan mengelakkan beberapa komplikasi kesihatan yang terjadi di kemudian hari.

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Sekian, itu saja perkongsian Nina.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now