36

243 10 0
                                    

Masih belum edit, namun dinasihatkan untuk terus skip ke chapter seterusnya kerana ia sangat cringe

(●'◡'●)

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Siap berurusan di bank, Daiyan lingaskan iris hazelnya ke seluruh arah. Tidak tahu sejujurnya, ke mana dia mahu bawa tubuhnya melangkah.

Sudahnya, Daiyan hanya ambil keputusan untuk ikut kata hati. Simpang sebelah kanan lantas diambil. Sekadar mahu mencuci mata, melihat jenis barangan yang dijual di sepanjang laluan sana.

Sebenarnya tadi, Daiyan ada juga keluarkan sejumlah wang untuk tujuannya membeli apa - apa seandainya dia punya keinginan kelak. Cumanya, semakin dia menelusuri segala macam kedai, Daiyan merasakan seolah dia tidak punya sebarang nafsu untuk membeli.

Terbayang pula diri pada masa lampau yang terlampau obsesi dengan barangan berjenama sehingga sanggup menghabiskan begitu banyak wang semata - matanya.

Daiyan gelengkan kepala perlahan saat ingatkannya.

Yalah, bukannya dia punya kuasa untuk ubah sikapnya yang dahulu itu. Dia cuma punya kuasa untuk jadikan segala yang jelik itu sebagai pedoman diri kini.

Tak salah mahu berbelanja, namun jangan bertuhankan kemahuan diri semata - mata. Bukankah lebih baik seandainya wang itu digunakan untuk sesuatu yang lebih bermanfaat? Paling tidak, simpannya untuk kegunaan masa hadapan.

Daiyan terus berjalan sehingga dirinya tiba - tiba berhenti di butik Calvin Klein apabila matanya jatuh pada poster hadapan kedai.

Gambar pasangan model yang mengenakan satu set pakaian dalam yang sepadan. Couple set senang kata. Mungkin ini keluaran baru syarikat, hati Daiyan meneka.

Boleh tahan juga, rekaannya. Itu yang seorang tanpa pengetahuan tentang dunia seni reka seperti Daiyan boleh kata melalui pandangan mata kasarnya.

Berkobar - kobar pula semangat Daiyan untuk mendapatkan set rekaan yang serupa. Hendak pula apabila terkenangkan profesion kerjayanya yang dahulu. Pasti sama cantiknya ketika dia berpeluang menggayakannya. Begitu juga dengan Luth....

Eh, kenapa akalnya boleh membayangkan perkara memalukan seperti itu?!

Segera Daiyan usir perkara yang mula bertandang di minda.

"Baby, jangan nak hasut mama fikir benda yang pelik - pelik ya?" Ucap Daiyan seraya memandang kawasan perutnya.

"Err, puan?" Sapaan kakitangan butik membuatkan Daiyan segera angkat wajahnya. Spontan, satu senyuman janggal lantas diberikan.

"Kat sini ada tak jual couple... eh, maksud saya undergarments yang sesuai untuk ibu mengandung?"

Daiyan kemam bibirnya sesaat. Wajah yang merah padam tak usah dikata. Kutuk diri sendiri di dalam hati yang hampir sahaja tadi tersasul bicara. Untung sahaja, dia sempat mengawalnya.

Petugas butik yang gayanya seperti tidak mengesyaki apa - apa hanya koyak senyum selepas itu.

"Ada puan. Apa kata saya bawa puan tengok dia punya design dulu?"

Daiyan hanya mengangguk tanpa sebarang kata. Dia hanya mengikuti langkah kakitangan itu ke satu ruangan.

***

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now