37

249 9 0
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"Sedap?" Luth menyoal dengan senyuman. Sengaja mahu memancing suara lunak itu untuk berbual dengannya sedangkan melalui biasan mata sahaja Luth sendiri boleh tahu Daiyan benar - benar menikmatinya.

Sesuai dengan yang diperkatakan warganet berkenaan restoran The Divine ini. Restoran dengan konsep steamboat and grill yang berdekorasikan tema ala vintage. Bukan itu sahaja, terdapat variasi pilihan bagi bahan - bahan untuk steamboat dan yang uniknya, hampir semuanya keluaran warga tempatan!

Daiyan yang sedar dirinya disoal, pantas angkat wajah selepas dia siap menyedut jus epal asam boi miliknya.

"Ha sedap," Tertunduk - tunduk dia berikan jawapan, namun keikhlasannya tetap jelas kelihatan.

Sebetulnya, salah satu faktor yang turut sama membawa kepada kelazatan hidangan itu sendiri adalah kerana semuanya menggunakan wang kepunyaan Luth. Pendek kata, suaminya yang menanggung segala perbelanjaan mereka.

Daiyan pula tak berkata apa - apa. Yalah, kecil tapak tangan nyiru ditadahkan. Memang dia gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya. Habis semua yang harganya tinggi belaka jadi pilihan. Daging Wagyu untuk digrill pun turut diambil.

"Err, Luth?"

Dahi Daiyan berkerut seketika apabila melihat tingkah Luth yang secara tiba - tiba bangkit daripada kerusi.

Daiyan tak begitu kisah sebenarnya tetapi hatinya mula tertanya saat Luth mula bawa tundukkan batang tubuhnya menghampiri Daiyan yang kala itu berada setentang dengannya.

Salahkah Daiyan dalam berbicara barusan tadi atau boleh jadi sikap Daiyan sebentar tadi yang berjaya buatkan kesabaran milik Luth teruji?

Luth semakin mendekat, Daiyan pula semakin undurkan tubuh ke belakang sehingga dia betul - betul menyentuh penghadang kerusi.

Mata lantas dipejam rapat tatkala sedar dia sudah tidak punya sebarang ruang untuk mengelak sedangkan Luth semakin hapuskan jarak.

Akal turut memainkan peranan. Segala peristiwa lepas tentang Luth dan kekejamannya suatu masa dahulu diulang tayang tak ubah seperti satu wayang.

Terbit kembali getaran halus di tubuh. Peluh sejuk mula merinik. Jujur, gusar andainya Luth akan berbuat perkara yang sama semula.

Namun, segala andaian milik Daiyan ternyata meleset sama sekali saat sesuatu yang lembut mula menyentuh lingkungan bibirnya.

Pantas Daiyan buka kelopak mata semula dan pasti sahaja, wajah Luth yang begitu hampir menyapa ruang pandangan.

Ritma jantung mula naik mendadak dan  Daiyan lekas - lekas patahkan permainan mata antara mereka.

Pandangan dijatuhkan pula pada sesuatu lembut yang yang menyentuh kawasan bibirnya.

Oh, tisu.

Luth pula nampaknya masih khusyuk dengan kerja mengelap wilayah bibir kepunyaan Daiyan. Penuh berhati - hati serta lembut ia melakukannya, seolah Daiyan itu barangan kaca yang seharusnya dikenadalikan dengan cermatnya.

"Daiyan ni, comot betul makannya. Padahal dia tu nanti nak jadi mak orang dah pun. Nanti baby keluar. Orang pun confuse. Mana satu mama, mana satu anak," Luth sempat mengusik Daiyan setelah mengambil tempatnya kembali

Tisu yang telah digunakan, Luth gumpal dengan sebelah tangan sebelum diletakkan di sisi meja.

Daiyan masih terdiam. Dia hanya perhatikan perbuatan Luth sahaja. Tidak tahu mahu memberikan reaksi yang bagaimana. Masih terkejut sebenarnya dengan sisi yang barusan Luth tonjolkan itu.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now