02

348 18 1
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"Cik, awak okey tak?"

Daiyan buka kelopak mata perlahan saat suara seorang lelaki memasuki gegendang telinganya.

Mata dikerdipkan sesaat. Mahu melihat dengan lebih jelas gerangan yang berada dengannya saat ini.

Namun apabila sayup - sayup kedengaran suara sekumpulan lelaki tadi, Daiyan pantas mendakap erat figura tubuh itu. Panik!

"Cik....?"

"Tolong saya! Selamatkan saya encik, ada orang nak buat aniaya kat saya!" Daiyan merayu. Air mula matanya bergabung menjadi satu dengan titis - titis hujan yang masih membasahi Bumi.

"Awak masuk dulu kereta saya? Nanti saya pergi tengok - tengokkan keadaan?" Saran lelaki itu lantas meleraikan pelukan mereka.

Muka Daiyan merona merah. Rasa malu dan kesal bercampur - baur dalam diri. Kepala dijatuhkan beberapa kali, dengan ungkapan maaf yang tak henti - henti meniti di bibir.

Si lelaki hanya koyak senyum tipis. Tubuh Daiyan dipimpin memasuki perut kereta Lexus LC miliknya tak lama selepas itu sebelum dia mencapai sebuah steering lock yang berada di bonet kereta.

Daiyan hanya mampu menghantar pemergian lelaki itu dengan sekadar sorotan mata sahaja.

***

Kuku digigit. Hati Daiyan sudah dilanda resah. Manakan tidak, dia sendiri tidak pasti sudah berapa lama lelaki itu berada di luar namun yang sahihnya dia sudah pergi untuk satu tempoh yang lama.

Bagaimana kalau sesuatu yang buruk telah menimpa lelaki yang membantunya tadi? Hati Daiyan sudah mencipta pelbagai andaian. Yang buruk sudah tentu.

Tangan Daiyan naik memicit pelipis sendiri. Tak sanggup rasanya menanggung beban seandainya hal yang difikirkan hatinya itu adalah benar belaka.

Hanya selepas matanya dapat menangkap tubuh lelaki yang sama membantunya kembali, barulah ritma jantung Daiyan kembali menjadi normal.

"Cik?" Lelaki itu menegurnya lagi selepas turut menhambil tempat di kerusi pemandu.

"Ya...?" Daiyan membalas sapaan itu perlahan.

"Saya dah tengok keadaan sekeliling. Orang - orang yang awak cakap tu dah tak ada,"

"Alhamdulillah, lega saya. Terima kasih ya, encik. Sebab sudi tolong saya." Daiyan membalas ikhlas. Rasa syukur turut tak henti - henti dipanjatkan kepada Ilahi saat doanya dijawab tepat pada masa.

"Sama - sama. Erm, alang - alang ni kan apa kata saya hantar cik ke rumah? Lagipun dah lewat ni, dengan hujannya. Bahaya. Lebih - lebih lagi untuk perempuan," Lelaki itu menyatakan cadangannya.

Bibir Daiyan hanya menguntum senyum. Tawar.

Rumah? Satu - satunya rumah yang dia ada cuma rumah ayahnya. Daiyan sendiri buntu. Buntu untuk menjelaskan hakikat yang sebenarnya kepada lelaki yang barusan dikenalinya.

"Err, encik tak payah susah - susah. Lagipun rumah saya jauh dari sini. Encik hantar saya sampai hotel bajet depan tu pun saya dah cukup berterima kasih," Daiyan berdalih. Matanya dihalakan pada papan tanda tertulis hotel bajet yang dihiasi cahaya lampu neon di seberang jalan sana.

"I beg your pardon? Hotel bajet?"

Daiyan mengangguk kepalanya pantas. Tidak berminat mahu memanjangkan perbincangan mereka. Yalah, diri sendiri pun sudah mula was - was dengan keputusan yang diambil.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now