35

255 9 0
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Daiyan tongkat dagu, sekadar memandang kesibukan jalan raya. Masih tak berminat gamaknya untuk mulakan sebarang perbualan dengan Luth.

Luth pula hanya memilih untuk tak bersuara. Terlebih tahu, sudah tentu isterinya ini sedang menyimpan rasa tak puas hati kerana tindakannya tadi. Sudahnya, Luth turut hanya dia sama dan fokus pada pemanduannya. Hanya nyanyian lagu daripada corong radia yang mengisi kesunyian mereka.

Lexus LC merah itu mula memasuki satu simpang. Daiyan perasan akan hal itu saat matanya terpandangkan sebuah papan tanda di penjuru jalan.

Daiyan pantas ubah postur tubuh. Sebahagian daripadanya lantas dihalakan kepada Luth selepas itu.

"Ini bukan jalan pergi tempat yang hari tu? Awak nak bawa saya ke mana sebenarnya ni?"

"Shopping barang ibu mengandunglah..."

Daiyan cebik bibir seketika setelah mendengar respons yang diberikan Luth itu.

"Tapi saya nak beli barang dekat kedai Kak Mariya!" Daiyan membantah.

Luth tarik nafas dalam. Signal untuk memasuki lorong kiri lantas diberi sebelum dia mula pandu keretanya perlahan.

Sebelah tangan isterinya lantas dicapai sebelum disatukan dalam tautan dengan miliknya.

"Dan kedai Kak Mariya tu cuma jual barang baby. Tak payah nak kelentong abang. Kak Mariya sendiri yang cakap dengan abang macam tu hari tu. Sayang nak pergi sana pun nanti sebenarnya sebab senang nak mengelat kan? Ingat abang tak tahu?" 

Daiyan rentap tangannya yang beratut dengan Luth sedari tadi selepas itu. Tanda yang dia sedang mengadakan protes.

"Boleh tak berhenti bersayang segala? And you, could you please stop adressing yourself as abang? Muak tahu tak, muak?!" Daiyan cari modal untuk lampiaskan lahar api kemarahannya. Pastinya semua itu ditujukan kepada Luth.

"Ooo, Daiyan tak suka ya? Kalau macam tu nak abang tukar jadi apa? Baby? Sayang? Ke baby sayang? Ha, which one do you prefer?" Sayangnya, Luth langsung tidak ambil serius akan Daiyan. 

Dada Daiyan pula sudah berombak kencang. Kacau sungguh, senang kata hatinya kala melihatkan reaksi Luth yang sebegitu.

"Ergh, fine! Just stick to your abang. Tapi ingat eh, sampai bila - bila sampai saya takkan panggil awak macam tu. Syoklah awak sendiri sorang - sorang!" Hambur Daiyan geram. Satu jelingan maut turut diberikan sama.

Kebetulan, elok sahaja pertelingkahan kecil itu tamat, mereka kini sudah selamat tiba di pusat membeli - belah yang ingin dituju.

Daiyan lantas gunakan kesempatan yang ada. Dia buka kunci kereta dan pantas meloloskan diri dari perut Lexus LC kepunyaan Luth.

Terkedek - kedek ibu mengandung itu mengatur langkah memasuki pintu utama pusat membeli - belah kemudianya.

 Luth hanya berpeluang memastikan keselamatan Daiyan melalui mata sahaja. Pasti dengan keadaan isterinya yang telah selamat itu, barulah dia menuju ke kawasan parkir untuk letakkan kenderaan.

Sambil - sambil itu, dia gelengkan kepala perlahan. Baru sekarang terasa garang isterinya itu boleh tahan juga sebenarnya. 

Macam mana garang awak waktu jadi model dulu ya, sayang? Terkekeh Luth sendirian, geli hati memikirkan bagaimana kejadiannya.

Apa hendak dikata? Silapnya juga Daiyan menjadi sebegitu rupa. Macam yang Luth sentiasa ingatkan kepada diri sendiri; Daiyan punya hak untuk lepaskan segala rasa.

Luth pula, tidak mampu untuk berbuat apa melainkan telan segalanya. Hadap dengan sabar dan reda sebabnya bukan mudah untuk meraih kemaafan daripada seseorang yang dahulunya dia sendiri hancur lumatkan ia.

***

Selalu kalau pergi ke kedai - kedai tertentu, pastinya ada kakitangan di sana yang akan membantu para pelanggan namun situasi Daiyan kini ternyata berbeza.

"Daiyan cuba tengok dress ni. Warna off white. Mesti sesuai kalau Daiyan pakai. Jadi ala - ala puteri kayangan gitu," Saran Luth sambil menggoyangkan sedikit sebuah dress yang dimaksudkan. Benar - benar menyuruh Daiyan untuk melihatnya bersungguh.

Tarik nafas, lepas. Tarik nafas, lepas. Daiyan cuba tenangkan diri kala ini.

Jangan mengamuk sekarang Daiyan. Kalau bukan Luth, fikir pasal malu diri kau sendiri. Daiyan cuba memujuk diri.

Sesaat, dia palingkan tubuh ke arah Luth. Mata dihalakan pada sebuah dress labuh yang pada pergelangan tangannya terdapat sulaman bunga - bunga kecil. Jikalau dilihat dari cara, seolah merupakan jahitan tangan sahaja.

"Erm cantik," Komen Daiyan sepatah.

"Kalau cantik kita ambil jugalah yang ini," Putus Luth sebelum letakkan pakaian kelima itu di kaunter pembayaran.

Daiyan picit pelipisnya yang terasa berdenyut.

Apa masalah Luth ni? Dia cuma berkata sebegitu, sekadar untuk menyedapkan hati tetapi lelaki itu terus ambil keputusan untuk membelinya pula.

Memanglah Luth itu banyak duitnya. Sungguhpun begitu, tidakkah ia terasa membazir? Lagipula hendak dipakai berapa lama sahaja? Pakai ketika mengandung untuk kali kedua pula entah bilanya.

"Daiyan, cuba tengok baju tidur untuk ibu mengandung ni pula?" Lelaki itu kembali pula dengan sebuah set baju tidur.

"Luth, kalau macam nilah kan gayanya, apa kata awak beli je semua yang awak rasa awak nak? Tak payah tanya saya. Boleh jugalah kita balik awal? Saiz saya pun awak dah tahu kan?" Daiyan tanya bersama - sama senyuman.

Seketika, Luth terpana. Terasa jatuh berguguran imannya saat memandang manisnya bibir yang sedang terlakar senyum itu.

"Err... lebih kurang saiz ibu?" Tersipu - sipu malu Luth meneka.

"Ha, tahu pun... saiz kasut? Undergarments? Kutlah tak tahu, ingat nak bagitahu. Boleh beli sekali jalan alang - alang tu. Tak payah nak buat dua tiga kerja sama," Daiyan sempat selitkan sindiran di hujung bicara.

Luth yang mendengar ketuk dagu seketika, buat gaya seolah sedang memikirkan ujaran Daiyan sebentar tadi.

"Kasut rasa boleh agak - agak lagi. Undergarments tu, kalau Daiyan bagitahu cun juga. Lagipun Victoria Secret tengah buat sale gila - gila kalau tak silap. Boleh beli Daiyan satu dua set..."

"Luth, jangan merepek. Tak lawak," Daiyan sudah berikan amaran pertamanya. Wajah turut diketatkan saat berkata.

Luth hanya senyum nipis. Akur dengan Daiyan, dia akhirnya hanya memilih untuk tidak bersuara berkenaan topik yang boleh dikatakan agak sensitif itu.

"Ni Daiyan kalau nak pergi meronda satu mall abang tak kisah, tapi nanti bila abang call waktu dah siap tu angkat ya?" Luth berikan pesanan penuh kasih sayang apabila menangkap figura tubuh wanita itu seolah tidak menyabar untuk pergi beredar.

Daiyan mendadak hentikan langkah. Tangan mula lincah menyelongkar isi sling bag yang terkandung telefon pintar kepunyaanya.

Eh, bila masa?

Daiyan tersedar akannya. Samsung Z Flipnya digenggam kemas. Pantas ia palingkan tubuh, mencari keberadaan sang suami.

Dan seperti dapat menghidu tingkah milik Daiyan, Luth lekas - lekas pamit ke arah seorang petugas kedai lalu bertanyakan sesuatu padanya.

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now