Bab 1

49K 922 27
                                    

"Kenapa awak buat saya macam ni, Aira? Saya kenal awak dah setahun dan saya yakin awak bukan macam ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kenapa awak buat saya macam ni, Aira? Saya kenal awak dah setahun dan saya yakin awak bukan macam ini. Tell me, talk to me. Kalau awak ada masalah, awak boleh kongsi dengan saya. Kenapa perlu fitnah saya buat sesuatu yang saya tak pernah buat? Apa salah saya?" menitis air mata si dia tatkala menanyakan soalan itu kepada Aira.

Manakala dada Aira sudah terasa sesak mendengar luahan itu. Matanya dipejam sambil wajah menekur ke lantai. Bibirnya diketap rapat.

"Tak. awak tak ada salah, saya yang salah. !" Balas Aira tanpa memikirkan betara remuknya hati lelaki itu.

'Dan jangan sesekali maafkan saya' rintih hatinya.

Aira hanya mampu menahan rasa itu di dalam hati. Tak mungkin dia akan ceritakan hal sebenar kepada lelaki itu.

"Saya minta maaf kalau ada sakitkan hati awak tanpa saya sedar. Selepas ini, saya akan pergi jauh. Dan saya harap awak akan menemukan kebahagiaan awak suatu hari nanti." Tanpa menunggu balasan Aira, dia terus menoleh kebelakang dan berlalu dari situ.

Aira hanya memandang dengan air mata yang mengalir lesu dipipi. Mulutnya ditekup apabila esakan kasar mula terlepas.

"Maafkan saya, Adriel. Maafkan saya..."

≪•◦ ❈ ◦•≫

Aira tersedar daripada tidurnya tatkala terdengar sayup-sayup panggilan daripada teman serumahnya, Sarah. Buka saja matanya, terasa satu cecair hangat mengalir dipipi.

Mimpi itu. Sekali lagi dia bermimpi benda yang sama. Walaupun sudah lima tahun berlalu, tapi setiap perbuatannya dan khilaf dia sentiasa menghantui dirinya.

Ya. Khilafnya dalam menyakiti hati seorang lelaki yang tulus mencintainya.

Dirinya masih berada dalam persalinan telekung kerana terlelap selepas solat subuh. Tangan dipanjangkan untuk mengambil telefon bimbitnya di atas katil. Terbuntang mata bulatnya melihat jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi.

"Ya Allah, aku dah lambat" cepat-cepat Aira menanggalkan telekung dan bersiap untuk ke pejabat.

Pagi ini, Aira hanya mengenakan baju kurung cotton bewarna biru laut dan bercorak bunga kecil bewarna putih. Shawl color putih dililit di kepala dan dikemaskan di bahagan dada. Aira hanya mengenakan makeup tipis disebabkan kulit mukanya yang sudah cantik neutral walaupun tanpa make up. Lipgloss pula dioles dibibir untuk menambahkan seri dimukanya.

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Aira terus menyambar beg tangan dan beberapa fail untuk persediaan mesyuarat pagi ini. Sampai saja di tingkat bawah, matanya menghala ke arah Sarah yang tengah menghidangkan sarapan pagi mereka.

"Sarah, kenapa kau tak kejutkan aku awal tadi?" tanya Aira sambil tangan mengambil seketul sandwish di atas meja.

"Aik, bukan kau selalu pergi office pukul 8.30 ke?" Mata Sarah mengerling jam di dinding yang menunjukkan pukul 8.28 pagi. Dah memang waktu dia kan?

"Yalah, tapi pagi ni aku ada perbentangan dalam meeting. So, aku kena sampai awal untuk buat persediaan sikit. Takpalah, aku gerak dulu tau. Thanks Sarah buatkan breakfast. Balik nanti aku belanja kau makan ya." Ujar Aira sambil mata mengenyit kepada Sarah. Dia bergegas ke luar rumah untuk menghidupkan 'Bumblebee'.

Kereta Myvi kuning yang dinamakan 'Bumbleblee' merupakan kereta hasil usahanya sediri.

"Okay Ra. Take care and drive safely. Goodluck for your presentation" pesan Sarah.

Tangan melambai kepada Aira yang tengah mengundur kereta untuk ke pejabat. Manakala Sarah pula menyambung breakfast. Dia perlu bersiap untuk ke kedai bunga miliknya pula.

≪•◦ ❈ ◦•≫

"Selamat pagi Lily" ucap Aira sambil tersenym manis kepada Lily merangkap receptionist hotel di tempat Aira bekerja.

Sudah hampir 2 tahun Aira bekerja sebagai akautan di Hotel D Luviana selepas dia menamatkan pelajaran dalam bidang Perakaunan di Kolej Universiti Tunku Fatimah. Rezeki Aira apabila menamatkan latihan industri, dia terus diserap masuk ke syarikat tersebut memandangkan prestasi dia amat memuaskan pihak atasan.

"Selamat pagi Cik Aira. Wahh, cantiknya Cik Aira harini." balas Lily sambil memuji penampilan Aira.

Tidak dinafikan Aira memang sangat cantik jadi tidak hairan la kalau gadis ini memegang gelaran Queen of the Night pada annual dinner selama 2 tahun berturut-turut. Ramai juga lelaki yang ingin mengorat Aira, tapi tiada yang berjaya setakat ini.

Hal ini kerana hati Aira sudah dimiliki oleh seorang lelaki. Ya lelaki yang sama sejak 6 tahun lepas.

Pintu biliknya ditutup lantas Aira pergi ke meja kerjanya dan membuka fail yang akan dibentangkan di mesyuarat sebentar lagi. Mesyuarat ini diadakan untuk memantau progress Projek Resort D Luviana yang akan dibangunkan di Pulau Redang, Terengganu.

Peranan Aira sebagai akauntan yang diamanahkan untuk mengendalikan kewangan projek ini amat besar kerana ia berkaitan dengan segala perbelanjaaan keluar masuk sepanjang projek dijalankan.

Tengah sibuk melakukan kerja, telefon bimbit Aira berbunyi menandakan panggilan masuk. Melihat nama yang tertera di skrin telefon, membuatkan dia melepaskan keluhan kecil. Tanpa menunggu, terus menggesek skrin untuk menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum makcik" Aira memberi salam kepada pemanggil tersebut.

"Kau bila nak masukkan duit dalam akaun aku?! Dah tengah bulan, takkanlah gaji kau tak masuk lagi. Kau ni memang anak tak kenang budi!" tanpa menjawab salam Aira, terus disembur soalan yang agak kasar beserta hinaan kepada Aira.

Tekebil kebil mata Aira apabila Puan Leha merangkap ibu tirinya memarahinya.

Mata Aira mengerling kalendar di meja kerjanya yang menunjukkan tarikh dua puluh haribulan. Bibirnya diketap. Sumpah dia terlupa memasukkan duit ke dalam akaun Puan Leha disebabkan terlalu sibuk dengan projek barunya.

"A...aira minta maaf makcik. Aira terlupa, takpa Aira masukkan sekarang ya." ujar Aira tergagap kerana takut dengan amarah ibu tirinya.

Terdengar dengusan kasar Puan Leha di corong telefon.

"Aku tunggu sampai petang ni saja. Kalau kau tak masukkan juga, siap kau!" Tidak menunggu balasan Aira, terus diletak panggilan itu.

"Baik makcik." balas Aira perlahan walaupun panggilan sudah ditamatkan. Aira memandang sepi skrin telefonnya. Sudah menjadi rutinnya setiap bulan untuk memasukkan separuh gajinya kepada Puan Leha.

Gaji Aira sebagai Akauntan hanyalah RM5000. Puan Leha meminta dia memasukkan RM2500 ke dalam akaunnya setiap bulan. Baki RM2500 lagi digunakan untuk membayar loan kereta Myvinya, bayaran rumah sewa dan juga perbelanjaannya.

Sampai bila? Sampai bila dia harus dilayan seperti ini oleh ibu tirinya? Apa lagi yang patut dia lakukan supaya dirinya diterima?

Ibu kandung Aira telah meninggal dunia kerana kanser darah pada ketika Aira berumur 5 tahun. Selepas itu, bapanya Mohd Syafwan berkahwin dengan janda anak satu iaitu Puan Leha. Aira juga gembira kerana dia mendapat kakak tiri yang boleh bermain bersamanya.

Namun semuanya hanya seketika. Selepas bapanya terlibat dengan kemalangan sehingga meragut nyawa, Puan Leha dan kakak tirinya Dania Syafiqah mula berubah. Puan Leha selalu memarahinya dan kadangkala memukulnya dengan teruk apabila dia melakukan kesalahan. Belakangnya juga sering kali menjadi tempat pelampiasan ibu tirinya. Dia cuba jadi budak baik supaya Puan Leha tak marahkan dia tapi tak ada apa yang berubah.

Pernah juga pertama kali dia minta tandatagan ibu tirinnya untuk laporan pelajaran ketika di tingkatan tiga, namun akhirnya laporan itu dirosakkan oleh Dania. Dan dia juga terpaksa terima kemarahan dari gurunya. Sejak kejadian itu, Aira hanya pasrah kerana tanpa mereka, dirinya hanyalah sebatang kara. Kerana itu dia sanggup menelan apa sahaja perbuatan mereka terhadapnya.

To be continue...

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now