Bab 52

13.8K 483 31
                                    

Sudah tiga hari berlalu sejak Aira dah sedar dari komanya tapi dia masih belum boleh pulang disebabkan doktor kena selalu pantau keadaannya sehinggalah stabil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah tiga hari berlalu sejak Aira dah sedar dari komanya tapi dia masih belum boleh pulang disebabkan doktor kena selalu pantau keadaannya sehinggalah stabil. Tengku Adriel perasan sejak dua hari lepas, isterinya dah lain sangat. Aira lebih banyak mendiamkan diri dan suka melihat ke luar jendela sambil mengelamun.

Kadang bibirnya terukir senyuman, kadang dia menangis tanpa keluar suara. Bila ditanya, hanya gelengan sahaja yang dia dapat. Kemudian apabila Tengku Adriel mandikan Aira, Aira hanya kaku seperti mayat hidup. Dia ada juga cuba bergurau dengan Aira tapi hanya dibalas dengan senyuman nipis sebelum dia hilang dalam dunianya sendiri. Sebagai suami, dia terkesan dengan kelakuan aneh isterinya itu dan dia kena buat sesuatu untuk tolong Aira.

Tengku Adriel menguak pintu wad Aira dan kelihatan Doktor Faris dan seorang nurse sedang memeriksa keadaan Aira manakala Aira sedang nyenyak tidur dengan mata yang sembap. Dia tahu isterinya menangis dalam diam. Habis saja waktu kerja, dia terus bergegas ke hospital pula.

"Macam mana keadaan isteri saya doktor?" Soal Tengku Adriel.

"Alhamdulillah kaki Puan Aira semakin stabil tapi dia tetap kena jalankan rawatan fisioterapi untuk membolehkan Puan Aira berjalan seperti biasa," Balasan doktor membuatkan Tengku Adriel menarik nafas lega. Tak lama isterinya dah boleh pulang ke rumah.

"Tapi... ada satu masalah yang saya dapat kesan selama dua hari saya periksa Puan Aira." Doktor memandang ke arah nurse yang bertugas dan mengangguk sekilas sebagai isyarat dia mahu berbincang secara personal dengan Tengku Adriel. Nurse itu terus meminta diri dan keluar dari wad Aira.

"Maksud doktor masalah yang macam mana?" jantung Tengku Adriel semakin laju berdegup. Tolong la jangan hal yang buruk-buruk terjadi kepada isterinya.

"Sebelum tu saya nak tanya, Puan Aira pernah ada sejarah mental disorder sebelum ni?"

Tengku Adriel diam lama sebelum perlahan-lahan dia menjatuhkan kepala. Aira pernah cerita yang selepas kejadian hitam berlaku 15 tahun lalu, dia selalu dibayangi dengan penculik itu dan badannya kerap menggigil. Bila dibawa ke hospital, doktor mengesahkan Aira menghidap penyakit anxiety dan dia juga selalu berhalusinasi.

Tapi Aira kata selepas beberapa tahun dia dah sembuh dari penyakit itu. Dan kehadiran semula Rafiq dalam hidupnya yang triggered semula anxiety dalam dirinya. Tapi Rafiq dah tak ada. Raja Mikael dan Tengku Zafran dah sumbat orang tua tu ke dalam penjara dan hanya tunggu tarikh perbicaraan saja.

"Sebab hasil pemerhatian saya, Puan Aira mungkin masih terkesan dengan keadaan yang menimpanya sekarang. Di luaran dia nampak diam dan normal, tapi dalam dirinya kita tak tahu berkemungkinan Puan Aira sedang berperang dengan dirinya sendiri. She's struggling with herself."

"Maksudnya?"

"Saya pun tak pasti sebab psikologi ini di luar bidang saya tapi saya ada kawan yang kerja sebagai psikiatri. Saya tak berani nak cakap lebih lanjut, tapi dalam apa yang saya nampak Puan Aira berkemungkinan menghidap minor depression. Kenapa saya cakap minor, sebab Puan Aira masih diperingkat awal. Jika hal ini berlanjutan berminggu-minggu tanpa ada rawatan, ia boleh membawa ke masalah yang lebih besar seperti hilang keyakinan diri atau boleh cenderung untuk bunuh diri." terang Doktor Faris panjang lebar.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now