SPECIAL CHAPTER~ RAYA (PART 2)

15.7K 643 46
                                    

Aira duduk di tepi jalan sambil menangis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aira duduk di tepi jalan sambil menangis. Dipandang sekelilingnya yang gelap. Sepatutnya dia nak pergi rumah Makcik Fatimah tapi semasa tengah berjalan tadi, seliparnya putus dan terpaksalah dia berkaki ayam. Tapi tiba-tiba kakinya pula terasa ngilu dan pedih kerana terpijak batu yang tajam.

Dan disinilah dia...

"Abang, A-aira takut." Aira menangis tersedu sedu. Dia takut sangat kalau terjumpa dengan orang jahat dan apa-apakan dia. Dia cuba untuk bangun dan berjalan sendiri tapi tapak kakinya sakit. Tambahan pula seliparnya sudah putus jadi dia tak ada benda untuk melapik kakinya.

"Handphone pula tertinggal dalam bilik. Bodoh kau Aira!" Kata Aira kepada dirinya sendir. Dia tahu Tengku Adriel pasti tengah risaukan dia sekarang.

"Aira?"

Aira tersentak apabila ditegur oleh satu suara garau. Dia lantas mengangkat pandangannya.

"Abang Am..." Kata Aira perlahan sebelum bibirnya dicebik. Akhirnya ada juga yang jumpa dia.

Ya dihadapannya adalah Megat Adham iaitu sepupu suaminya. Megat Adham pergi ke kedai selepas pulang dari masjid. Dalam perjalanan balik kerumah, dia ternampak Aira duduk ditepi jalan sambil menangis. Itu yang dia berhenti juga nak tengok.

"Aira okey tak? buat apa sorang-sorang kat sini? Mana Is?" bertalu talu soalan ditanya. Mahunya tak pelik, Aira dah la tengah sarat mengandung, takkan Si budak Is tu tinggalkan isterinya sorang-sorang kat tepi jalan macam ni.

"K-kaki Aira sakit."

"Hah? Is mana? Aira jalan dengan siapa?" Dia pula yang cuak. Telefon dikeluarkan dari poket untuk menghubungi Tengku Adriel.

Sementara di rumah...

Satu rumah tengah kecoh apabila mendapat berita kehilangan Aira. Mereka turut mencari Aira di merata tempat tapi tak jumpa. Tak ada siapa yang tahu dan yang paling tak senang duduk mestilah si suami. Gila tak risau, isteri dia tengah mengandung. Ya Allah janganlah ada benda buruk berlaku kepada isterinya.

"Jangan-jangan Aira pergi rumah Makcik Timah..." kata Tengku Dalily membuatkan semua mata di ruang tamu menoleh kearahnya.

"Apa maksud kau?" Soal Tengku Adriel pula dengan pandangan tajamnya.

Gulp.

"Yang sebenarnya petang tadi Lily terjumpa dengan Makcik Timah lepastu Makcik Timah kata Abang Is tengah cari kuih koci tapi tak jumpa. Makcik Timah suruh Lily bagitahu Aira dengan Abang Is yang dia ada buat lebih kat rumah jadi Aira boleh datang rumah untuk ambil kuih koci tu."

Terkelu mereka semua sambil memandang Tengku Dalily tidak percaya.

"T-tapi Lily dah pesan dekat Aira suruh tunggu Abang Is balik dulu.." sambungnya lagi. Dia pula rasa serba salah. Takkan sebab dia kot Aira hilang?

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now