Bab 46

14.1K 538 18
                                    

Berdebar-debar dia menunggu namanya dipanggil di ruangan tunggu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Berdebar-debar dia menunggu namanya dipanggil di ruangan tunggu. Ya, disebabkan kata-kata Sarah tadi, dia mengambil cuti kecemasan untuk ke klinik yang berhampiran dengan tempat kerjanya. Dah yang paling bodoh, dia tak minta izin suaminya nak pergi klinik.

Setelah berfikir, dia hanya akan memberitahu Tengku Adriel jika dia memang betul disahkan mengandung. Harapnya suaminya itu tak marah la sebab dia sudah pesan kepada Aira untuk memberitahunya walau kemana Aira pergi. Tak cukup dengan itu, Tengku Adriel juga ada mengupah bodyguard untuk mengikut Aira kemana-mana saja.

"Puan Aira Fardella binti Mohd Syafwan. Sila ke bilik 6."

Aira tersentak apabila namanya dipanggil. Dia terus masuk ke dalam bilik yang diberitahu.

"Assalamualaikum." Ucap Aira perlahan sebaik saja membuka pintu.

"Waalaikumussalam, Puan Aira Fardella. Silakan duduk." Balas doktor Erina dengan muka tersenyum manis.

"Ada apa yang saya boleh bantu, Puan Aira?"

"Ya, kebelakangan ni saya selalu rasa sakit kepala dan emosi saya kadang tak stabil. Jadi kawan saya sarankan saya untuk check pregnancy."

"Okay boleh. Sebelum tu, kita akan buat urine test dulu." Doktor Erina memberi satu cawan kecil kepada Aira. Aira takda la blur sangat sampai tak tahu nak buat apa.

Selepas selesai, dia memberikan semula cawan kecil itu kepada Doktor untuk diperiksa. Jantung Aira berdebar laju sementara menunggu keputusan.

"Tahniah Puan Aira, keputusan Puan positif." Kata Doktor Erina sambil tersenyum memandang Aira. Manakala Aira terkedu dan tergamam.

"Saya.. mengandung?" matanya berkaca-kaca. Bibir diketap menahan rasa sebak.

"Ya Puan Aira. Puan mengandung 3 minggu." Dia sebagai doktor tumpang gembira kerana sudah biasa dengan reaksi para ibu mengandung yang baru mengetahui tentang kandungan mereka. Doanya semoga bakal-bakal ibu ini dapat melahirkan bayi mereka dengan selamat.

"Alhamdulillah Ya Allah, syukur dengan nikmatMu." Aira meraup mukanya dan tanpa sedar air matanya juga mengalir. Macam ini kah rasanya bila tahu ada satu nyawa membesar dalam rahim sendiri?

"Mari Puan Aira. Kita scan baby untuk tengok perkembangan bayi dalam kandungan."

Aira hanya mengikut arahan Doktor Erina supaya berbaring di atas katil.

"Look at the monitor. This is your baby, Puan Aira. Masih kecil memandangkan tak masuk sebulan lagi." Ujar Doktor Erina.

Aira yang tidak dapat menahan perasaan lantas menekup mulutnya. Satu perasaan yang dia tak pernah rasa sepanjang 24 tahun dia hidup.

'Ya Allah anak mummy. Terima kasih Ya Allah, kau hadirkan malaikat kecil ini dalam perutku. Abang... aira mengandung anak kita. Abang mesti gembira kan' bisik hati kecil Aira. Air mata bahagianya menitis. Tak sabar nak sampaikan berita gembira ini kepada suaminya.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now