Bab 2

20.9K 703 8
                                    

Permandangan Kota New York yang cantik dapat dilihat daripada bilik pejabat milik Tengku Adriel Iskandar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Permandangan Kota New York yang cantik dapat dilihat daripada bilik pejabat milik Tengku Adriel Iskandar. Kelihatan orang ramai berpusu-pusu di bandaraya untuk melakukan kerja hakiki. Mata hitam yang mampu menarik perhatian ramai orang hanya memandang sepi di luar.

5 tahun. Selama 5 tahun, tiada lagi Tengku Adriel yang ceria dan sentiasa murah dengan senyuman. Hanya riak beku yang selalu ditayangkan di khalayak ramai. 5 tahun lepas, Tengku Azzam iaitu bapa kepada Tengku Adriel mengambil keputusan untuk menghantarnya ke luar negara selepas satu kejadian yang menyebabkan dia dibuang dari kolej.

Selepas 3 tahun menamatkan pelajaran dalam bidang peniagaan di Universiti Columbia, Tengku Adriel diamanahkan untuk menjadi pengurus besar di anak syarikat milik bapanya yang bertapak di Kota New York.

TOK TOK TOK!

Pintu diketuk dari luar seraya mematikan lamunan Tengku Adriel.

"Come in" kata Tengku Adriel kepada orang yang mengetuk pintu sebagai arahan menyuruhnya masuk.

"Tengku, we have appointment for meeting with Mr. Richard from AZ Group at 3 PM" ujar Justin merangkap pembantu peribadi kepada Tengku Adriel.

"Okey, I'll be there. Thanks for remind me." Balas Adriel dengan suara mendatar tanpa secalit senyuman.

Selama setahun berkhidmat dengan Tengku Adriel, Justin amat mengenali sifat bossnya yang dingin dan tegas. Namun dalam ketegasannya, Tengku Adriel seorang yang sangat prihatin terhadap pekerjanya. Hal ini juga yang membuatkan ramai pekerja boleh bertahan lama di The Legacy Group.

Tengku Adriel melangkah keluar dari pejabatnya untuk meeting bersama Mr. Richard. Sepanjang berjalan keluar, dia hanya menayangkan riak dinginnya.

Dengan berpakaian lengkap memakai suit hitam serta rambut yang tersisir kemas, Tengku Adriel nampak sangat berkarisma dan bergaya. Rata-rata pekerja wanita tersenyum melihat Tengku Adriel yang sangat kacak.

Cold yet attractive.

Mata melilau ke luar parking cafe sambil jari mengetuk meja yang berada di hadapannya sementara menunggu kehadiran seseorang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata melilau ke luar parking cafe sambil jari mengetuk meja yang berada di hadapannya sementara menunggu kehadiran seseorang. Melihat kelibat seorang jejaka yang turun dari kereta, terukir senyuman di wajah Luna.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now