Bab 36

15.1K 456 18
                                    

"Masuklah

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.


"Masuklah." kata Tengku Adriel kepada rakan-rakannya sebaik saja membuka pintu. Bagi Raja Mikael, Tengku Zafran dan Lucas, ini bukanlah pertama kali mereka di rumah itu kerana ketika belajar di kolej lagi rumah Tengku Adriel sentiasa menjadi port lepak mereka memandangkan Tengku Adriel tinggal seorang saja.

"Semua dah ada kan, jadi bol.." belum sempat Tengku Adriel menghabiskan ayatnya, Lucas mencantas kata-katanya.

"Wait, ada seorang lagi kita kena tunggu."

Yang lain memandang pelik ke arah Lucas. Baru ingin bertanya, kedengaran bunyi ketukan di pintu. Semua mata terarah ke pintu rumah itu.

Tengku Adriel mengangkat kening ke arah Lucas sebelum melangkah ke pintu semula. Manakala Lucas hanya tersengih. Buka saja pintu...

"Hai you!" sapa orang itu dengan suara yang teruja.

"Luna?" Tengku Adriel kerut dahi apabila melihat gadis itu tersengih dihadapan rumahnya.

Tanpa memberi isyarat, Luna terus menerjah masuk ke rumah Tengku Adriel sambil membawa satu beg ditangannya. Lagipun mereka bukan berdua dan abangnya Lucas pun ada disitu. Dia disini pun atas permintaan abang sengalnya juga.

Dan tentang perasaannya pula, dia dah lama move on lepas dapat tahu yang Tengku Adriel dah berkahwin. Tambah pula dia dah jumpa dengan Aira, lagi dia yakin Aira dapat bahagiakan Tengku Adriel. Memang dari awal dia tak sepatutnya ada perasaan terhadap kawan abangnya itu memandangkan mereka berbeza agama.

Tengku Adriel lantas menutup pintu sebelum bergerak ke ruang tamu. Tengku Zafran dengan Raja Mikael juga terkejut dengan kedatangan Luna tapi mereka memilih untuk berdiam diri sahaja.

"You nak apa datang rumah I malam-malam?" soal Tengku Adriel.

"Aku yang ajak dia. Kau orang kan yang suruh aku berlakon jadi perempuan, kau ingat aku pandai nak makeup-makeup semua tu?" jawab Lucas memihak kepada adiknya.

"Betul-betul. So I datang nak tolong ubah muka abang I yang buruk ni jadi Miss Universe! I tak tahu apa plan korang tapi I akan pastikan tak ada siapa yang akan nampak penyamaran abang Lucas." kata Luna dengan berlagaknya. Dia ambik course fashion kut kat kolej, setakat nak makeup ni kacang je!

"Kau jangan nak melebih eh, ada juga aku bakar barang-barang makeup kau nanti." kata Lucas dengan mata yang garang memandang Luna tapi dibalas dengan jelingan saja. Macam la dia takut sangat dengan abang dia ni. Huhh!

Mereka yang lain hanya mengangguk faham dengan kedatangan Luna.

"By the way, mana Aira? I tak nampak dia pun." soal Luna sambil memandang sekeliling. Kut la dia yang tak perasan Aira ada disitu.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora