Bab 39

14.7K 557 16
                                    

"Assalamulaikum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalamulaikum."

Bunyi suara orang memberi salam membuatkan semua mata yang berada di ruang tamu menghala ke arah pintu masuk.

"Waalaikumussalam, haa dah sampai pun cucu menantu opah." jawab Opah yng tengah duduk bersembang bersama saudara yang lain. Yang lain juga turut menjawab salam Tengku Adriel.

Tengku Adriel tersenyum lalu melangkah ke arah Opah, manakala Aira juga mengikut langkah suaminya kerana tangannya masih didalam genggaman Tengku Adriel. Dia turut mengukir senyuman sambil menunduk sedikit kepada orang-orang di ruang tamu itu.

"Opah sihat?" Soal Tengku Adriel. Tangan Aira dilepaskan sebelum ditunduk untuk mencium tangan tua Opah sebagai tanda hormat.

"Alhamdulillah. Macam ni la opah, Is. Ada masa sihat, ada masa sakit-sakit. Maklumlah dah tua." jawab Opah sambil menepuk perlahan bahu tegap Tengku Adriel. Di kampung, mereka sudah terbiasa memanggil Tengku Adriel dengan gelaran "Is" iaitu diambil dari singkatan nama Iskandar. Semuanya bermula daripada Opah. Katanya...

"Rel? Apa Ril? Ish apa yang susah sangat nak sebut nama anak kamu ni, nisah? Panggil jelah Is kan senang."

Sejak itu semua menggelarnya Is ketika dikampung. Hanya Tengku Hanisah dan Tengku Azzam saja memanggilnya Riel kerana sudah terbiasa dengan panggilan itu sejak dia masih bayi.

Tengku Adriel memberi ruang untuk Aira bersalam dengan Opah pula. Aira cuba berlagak neutral walaupun jantungnya sudah berdebar-debar. Tiba-tiba terbayangkan dirinya diherdik oleh Opah kerana tidak menepati cita rasanya sebagai cucu menantu. Tambahan pula, semua mata diruang tamu itu sedang memandang kearah mereka.

"Assalamualaikum Opah." suara lembut Aira kedengaran di telinga opah. Bibir mengukir senyuman manis yang boleh menggetarkan hati sesiapa yang melihat. Tangan Opah disalam dan dicium lembut.

"Waalaikumussalam." jawab Opah sambil membalas senyuman Aira. Tangan sebelah lagi naik mengusap pipi mulus Aira yang putih kemerahan.

"Cantik betul isteri kamu ya Is. Patutlah dah tak balik kampung tengok Opah, dah ada isteri cantik macam ni." Seloroh opah membuatkan yang lain ketawa. Bukan selalu nak
mengusik Tengku Adriel. Tambah pula sejak dia sambung pelajaran ke luar negara, karakternya berubah menjadi dingin.

"Mestilah cantik. Sesuai la dengan Is yang handsome dan sado ni kan, Opah?" kening Tengku Adriel diangkat berkali-kali sambil memeluk tubuhnya. Namun dibalas dengna jelingan Opah. Malas nak layan cucunya yang terlebih perasan tu. Mata dihalakan kembali kearah Aira yang masih berlutut dihadapannya. Dah macam nak salam time raya la pulak!

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now