Bab 19

18.3K 683 7
                                    

Aira menekan loceng di luar pagar rumahnya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aira menekan loceng di luar pagar rumahnya itu. Tak lama kemudian, kelihat kelibat Mak Siti berjalan keluar.

"Ya Allah Aira, rindunya Mak Siti kat Aira." Badan kecil Aira diraih kedalam pelukannya. Dah lama sugguh dia tak tengok anak majikannya ini. Aira hanya tersenyum sebak. Sampai dia kahwin, Mak Siti masih setia bekerja dirumah ini.

"Oh, ya sebelum Aira terlupa. Kenalkan ini suami Aira, Adriel." Tengku Adriel pula tersenyum manis memandang Mak Siti.

"Handsome betul suami Aira ni ya. Padanlah dengan Aira yang cantik, bagai pinang dibelah dua la katakan" seloroh Mak Siti sambil memuji Tengku Adriel.

"Jom masuk kedalam dulu. Panas kat luar ni"

Aira dan Tengku Adriel hanya mengekori langkah Mak Siti masuk kedalam rumah. "Aira dengan Adriel duduk dulu ya. Mak Siti buatkan air kat dapur kejap"

"Eh takyah la susah-susah Mak Siti."

"Ish tak susah pun. Sekejap je." Mak Siti pula terus ke dapur untuk membuat air meninggalkan Aira dan Tengku Adriel diruang tamu. Suasana yang sepi terasa janggal. Dia pula yang sesak nafas duduk bersebelahan dengan Tengku Adriel.

Beberapa minit kemudian, Mak Siti menatang dulang berisi air untuk mereka. Mata Aira meliar ke tingkat atas seperti tercari sesuatu. "Mana makcik dengan kak Dania? Aira tak nampak pula diorang."

"Macam biasa la, kalau takda kat rumah tu mesti jalan-jalan shopping kat luar." Aira hanya mengangguk. Mereka duduk diruang tamu sambil berkongsi cerita, sesekali Mak Siti ada juga bertanyakan tentang Tengku Adriel. Sepertinya dia pernah berjumpa dengan Tengku Adriel tapi dia sendiri pun lupa. Maklumlah dah tua, ingatan pun agak samar-samar.

Pintu utama yang dikuak dari luar menyentakkan mereka di ruang tamu. Kelihatan Puan Leha dengan Dania melangkah masuk ke dalam rumah sambil menjinjit beg kertas berjenama mahal. Terkejut Puan Leha apabila matanya bersabung dengan mata tajam Tengku Adriel. Puan Leha terkaku seketika sebelum mengukir senyuman palsu manakala Tengku Adriel pula membalas dengan senyuman sinis. Dania pula yang menyedari kehadiran Tengku Adriel cepat-cepat membetulkan rambutnya sambil tesenyum gedik.

"Eh, sejak bila Aira datang? Tak cakap pun nak balik sini, tidak makcik boleh sediakan apa-apa yang patut." suaranya serta merta berubah menjadi lembut.

Melihat Dania yang masih tersengih, lantas Puan Leha menyiku sedikit pinggang anaknya itu untuk memberi isyarat. Dania yang tersedar terus memulakan lakonan sebagai kakak mithali.

"Aira adik kakak! Lamanya tak tengok Aira, rindu sangat." Dania terus menerpa ke arah Aira. Aira pula kebingungan melihat perubahan mendadak ibu dan kakak tirinya itu. Seketika kemudian baru dia teringat, ada tetamu luar iaitu Tengku Adriel dirumahnya. Patutlah mereka tiba-tiba baik semacam dengan dia.

Puan Leha memberi isyarat pada Mak Siti menyuruhnya bawa semua beg shopping naik ke tingkat atas. Mak Siti hanya menurut tanpa membantah. Kemudian, Puan Leha dan Dania menyertai pasangan itu diruang tamu.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now