Bab 7

15.5K 629 0
                                    

Aira diam sambil mata cantiknya terbuntang memerhati rumah banglo mewah 3 tingkat didepan matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aira diam sambil mata cantiknya terbuntang memerhati rumah banglo mewah 3 tingkat didepan matanya. 'Ini rumah ke istana? Ni kalau aku masuk dalam rumah ni, boleh sesat agaknya' desis hati Aira.

Mata melilau dari luar pagar rumah sambil tangah mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghubungi Sarah. Teringat kejadian dirumah 2 jam lalu.

Aira baru selesai solat zuhur lalu dia turun ke ruang tamu untuk menonton drama korea kegemarannya. Itulah kerja pada hujung minggu jika dia tidak pulang ke rumah keluarganya.

Baru 30 minit layan kdrama, iphone 11 miliknya berbunyi menandakan panggilan masuk. Melihat nama Sarah Housemate, terus Aira menjawab panggilan tersebut.

"Hello Raa, kau tengah buat apa sekarang? busy tak?" terdengar suara Sarah di corong telefon.

"Macam biasa la Sarah. Aku tak busy sangat. Kenapa?" soal Aira. Mata pula masih ralit memandang kaca televisyen.

"Aku nak minta tolong kau ambil fail warna hitam atas katil aku. Aku sekarang kat rumah client nak settlekan gubahan bunga. Then baru perasan fail yang ada list untuk jenis-jenis bunga aku tertinggal dalam bilik." terang Sarah panjang lebar.

"Okay then?"

"Kau tolong hantarkan fail tu dekat aku. Nanti aku send location rumah client aku kat kau. Boleh laa Raa please...?" Sarah membuat suara comel untuk meminta simpati rakannya itu.

Tergelak Aira mendengar suara desperate Sarah. Haihh nasib sayang tau!

"Haa yelah, aku siap kejap. Nanti send location aku terus gerak"

Dan disinilah Aira berdiri di hadapan rumah banglo mewah itu.

"Betul ke ni rumah client Sarah? Tapi kalau ikut location yang Sarah send tadi macam dah betul. Kang silap rumah orang lain, buat malu saja. Hish yang Sarah ni pun masa ni la tak reti nak angkat call" Aira mula mengomel sambil merengus apabila panggilannyan tidak dijawab oleh Sarah. Dia menghentakkan kaki tanda protes.

Dek cuaca yang panas membuatkan pipinya kemerahan kerana menunggu lama di bawah matahari.

Tiba-tiba pintu pagar yang tinggi itu terbuka dari dalam. Terkejut beruk Aira, nasib baik dia tak ada sakit jantung. Tak pasal-pasal keluar pula berita dengan headline "Seorang Perempuan Mati di Depan Rumah Orang Kaya Kerana Terkejut Pintu Pagar Dibuka Secara Tiba-Tiba". Nauzubillah..

Kelihatan seorang lelaki tua dalam umur lewat 40 an keluar dari pagar lalu menghampiri Aira. Dia memandang pelik wajah  Aira kerana seingatnya Tengku Hanisah tak ada kawan cantik muda macam ni.

Aira pula tersenyum manis ke arah lelaki tua tersebut sambil mata mengerling ke arah tag nama SECURITY di kiri baju. Tahulah dia pak cik ini merupakan pengawal keselamatan di rumah ini.

"Assalamulaikum Pakcik" ucap Aira dengan suara yang lembut.

"Waalaikumussalam Cik. Cik cari siapa ya?" soal pengawal yang bernama Pak Din itu selepas menjawab salam Aira.

"Saya nak tanya, ini rumah Tengku Hanisah ke?"

"Ya betul tu Cik. Ada apa tu ya?"

"Tengah hari tadi kawan saya ada datang buat penghantaran bunga. Tapi dia tertinggal fail ini, jadi dia minta saya hantarkan disini" terang Aira sambil menunjuk fail hitam yang berada di tangannya.

"Kawan kepada Cik Sarah ya?" tanya Pak Din. Dia baru teringat ada seorang perempuan menghantar bunga yang dipesan oleh Tengku Hanisah. Sempat juga la bertegur dengan budak Sarah itu.

"Ya betul. Pakcik boleh tolong bagi fail ni dekat dia?"

"Laa, kamu tak nak masuk dulu ke? Lagipun kamu kawan Cik Sarah juga, Puan Tengku pun mesti lagi suka ada tetamu datang rumah" pelawa Pakdin dengan ramah. Tengku Hanisah sangat baik dan sentiasa mengalu-alukan tetamu kerumahnya kerana baginya setiap tetamu itu datang membawa rezeki.

Belum sempat Aira menjawab, sebuah kereta Audi TT bewarna merah menghampiri pagar masuk untuk masuk ke dalam rumah.

"Takpalah pakcik, tapi saya nak kena balik kerana ada urusan lain" dalih Aira dengan senyuman cantik terukir dibibirnya. Yang sebenarnya dia berasa segan mahu masuk dalam rumah itu. Kalau dia pandai gubah bunga, boleh juga dia tolong Sarah. Masuk pun macam tak ada function saja.

"Haa yelah. Oh, Pakdin lupa pula nak tanya, cik nama apa ya? senang nak bagitahu dengan Cik Sarah nanti" tanya Pak Din sambil tangan mengambil fail hitam yang dihulurkan Aira.

"Aira. Nama saya Aira" jawab Aira dengan senyuman lembut.

"Ohhh Aira. Cantik nama macam tuannya juga ya. Nasib baik anak lelaki Pakdin dah kahwin, tidak boleh merisik-risik nak jadi menantu" seloroh Pak Din sambil ketawa.

Aira juga tergelak kecil mendengar gurauan Pak Din itu. Setelah itu, dia meminta izin untuk ke keretanya pula.

Manakala, Tengku Adriel yang baru memakir kereta Audinya di porch rumah keluar dari perut kereta. Dia nampak ada seorang perempuan tengah bersembang dengan Pak Din tapi kedudukan gadis itu yang membelakanginya membuatkan dia tidak dapat melihat wajah gadis itu.

Baru saja dia berjalan ingin menghampiri mereka, gadis itu meminta diri dan berjalan ke arah keretanya di luar pagar rumah.

"Siapa yang datang tadi tu, Pakdin?" soal Tengku Adriel sambil matanya tidak lepas memerhati kereta yang dinaiki gadis itu. Entah kenapa, dia terasa sesuatu ketika melihat kereta itu.

Perasaan.. yang sarat dengan kerinduan.

"Kawan kepada Cik Sarah yang datang ke rumah tadi untuk gubahan bunga. Dia datang nak hantarkan fail Cik Sarah" balas Pakdin. Tengku Adriel hanya mengangguk.

"Dah alang-alang Riel nak masuk rumah, tolong bagi dekat Cik Sarah ya, dia ada kat dalam rumah tengah gubah bunga. Cakap kat dia kawannya Cik Aira yang hantar tadi" sambung Pakdin sambil tangan menghulurkan fail hitam itu kepada Tengku Adriel.

Mengeras tubuh Tengku Adriel mendengar sepatah nama itu. Nama yang sangat dirinduinya, tak mungkin Aira dia kan?

"Dia ada bagitahu nama penuh dia tak?" soal Tengku Adriel secara tiba-iba.

"Takda la pula" balas Pak Din sambil memandang wajah Tengku Adriel.

"Em okay Pak Din, Riel masuk dalam dulu" Tengku Adriel meminta diri selepas mengambil fail hitam tersebut. Tak mungkin tadi tu Airanya. Dalam Malaysia ni bukan Aira Fardella seorang saja yang bernama Aira kan? desis hati kecilnya. Langkah dituju ke arah pintu masuk rumahnya.

To be continue...

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now