Bab 47

14.2K 629 97
                                    

Tengku Adriel sampai di lokasi yang dihantar oleh Aira dalam masa 15 minit dengan kelajuan paling maksima

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Adriel sampai di lokasi yang dihantar oleh Aira dalam masa 15 minit dengan kelajuan paling maksima. Terbeliak matanya apabila melihat orang ramai mengerumuni satu kereta Myvi kuning yang berada dalam posisi terbalik.

"Allah, sayang!" Dia tahu kereta itu kereta isterinya. Dengan segala kudratnya, Tengku Adriel terus berlari sambil menolak semua orang yang berada disitu.

Pintu kereta sudah dibuka tapi keadaan kaki Aira yang tersepit menyukarkan mereka untuk mengeluarkan Aira dari dalam.

"Sayang! Sayang! Abang datang sayang." Allah.. remuknya hati Tengku Adriel melihat keadaan isterinya sekarang ini dalam keadaan terbalik. Kepala dan tubuh Aira juga berlumuran darah.

Tak dapat ditahan, air mata jantannya menitis apabila melihat Aira yang sudah tidak sedarkan diri. Orang ramai yang mendengar panggilan itu terus memberi ruang kepada si suami untuk melihat isterinya.

Tak lama kemudian, pasukan bomba dan ambulans sampai ditempat kejadian. Bomba terpaksa memotong besi kereta yang menghempap kaki Aira untuk keluarkan dia. Dan pasukan ambulans juga sudah bersedia untuk membawanya ke hospital.

Selepas berjaya mengalihkan besi dari kaki Aira, perlahan-lahan Tengku Adriel menarik tubuh Aira keluar dan meletakkan diatas stretcher ambulans. Tengku Adriel turut menaiki ambulans itu. Sekejap pun dia tak mahu berenggang dengan isterinya. Sempat dia memberitahu anak buahnya supaya mengambil keretanya yang ditinggalkan disitu. Kereta baru weh!

Aira dibawa ke Emergency Room (ER) untuk pemeriksaan lanjut manakala Tengku Adriel diminta menunggu diluar. Dia resah memikirkan keadaan isterinya didalam. Dia takut. Sumpah dia takut. Tak boleh nak bayangkan jika dia terpaksa kehilangan isterinya.

Pandangannya jatuh pula melihat tapak tangan yang masih melekat dengan darah Aira, tangannya menggigil hebat.

"Ya Allah, tolong selamatkan isteri aku Ya Allah." Rintih Tengku Adriel.

Dia juga sudah memaklumkan hal ini kepada kedua ibu bapanya dan mereka dalam perjalanan ke hospital.

Kemudian ada satu lagi mangsa kemalangan yang turut dikejarkan ke bilik kecemasan. Kepala Tengku Adriel terus menoleh ke arah katil yang membawa mangsa itu, matanya membesar apabila melihat anak buahnya terbaring lemah diatas katil tersebut.

"Faris.." gumamnya perlahan. Ya, Faris ialah salah seorang pengawal peribadinya yang diberi amanah untuk mengawasi isterinya. Faris antara pekerjanya yang paling lama berkhidmat dan kerana itu dia percayakan Faris untuk mengawasi Aira.

Teringat Faris yang datang dari kampung untuk mencari kerja di bandar. Faris mempunyai badan yang tegap dan dia juga pandai pertahankan diri. Disebabkan itu, Tengku Adriel mengambil Faris bekerja dengannya sebagai pengawal peribadi. Sejahat-jahat Tengku Adriel, dia dan rakan-rakannya tak pernah lagi menghukum musuh mereka dengan mengurung, menyeksa atau membunuh. Dia akan pastikan pekerjanya ada sumber pendapatan yang halal tanpa perlu buat kerja kotor.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now