Bab 9

16.4K 621 9
                                    

Aira berjalan memasuki bangunan Hotel D  Luviana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aira berjalan memasuki bangunan Hotel D Luviana. Rata-rata pekerja yang menyapanya hanya dibalas dengan senyuman dan anggukan. Kaki Aira terhenti apabila namanya dipanggil ketika dia melalui bilik pantry. Aira lantas menoleh ke arah suara yang memangilnya iaitu Kak Kiah.

Kellihatan Kak Kiah sedang duduk bersama 2 orang lagi staff perempuan. Ini tak lain mesti ada gosip terbaru. Kak Kiah sangat dikenali di bahagian department Aira kerana dia suka membawa cerita gosip terbaru sama ada dalam syarikat mereka atau syarikat luar.

Tidak hairanlah jika ramai yang memanggilnya dengan gelaran "Kak Kiah TV3". Dimana ada gosip panas, disitu ada Kak Kiah untuk melapor berit terkini.

"Ya Kak Kiah". Jawab Aira dengan muka yang tersenyum manis.

"Aira nak tahu tak, Kak Kiah ada cerita baru. Jiran Kak Kiah kan kerja cleaner di syarikat The Legacy Group. Dengar cerita, pewaris tunggal The Legacy dah balik Malaysia dan tak lama lagi dia akan gantikan Tengku Azzam sebagai CEO." Cerita Kak Kiah dengan bersungguh-sungguh.

"Anak dia tu pula muda lagi. Dah nama pun baru balik oversea, mesti ada aura 'omputeh'" sambung kak kiah lagi. Manakala staff perempuan iaitu Huda dan Fatihah berasa teruja mendengar.

"Mesti handsome kan, tengok sajalah Tengku Azzam tu. Walaupun dah berumur 50-an, nampak bergaya lagi dan sangat berkarisma" ujar Huda.

"Untunglah kau nanti boleh jumpa anak Tengku depan-depan masa jalankan projek dengan The Legacy. Mana tahu dia tersangkut dengan kau pula. Macam dia sorang je terpaling cantik" sambung Fatihah pula sambil membuat muka kerek.

Ya. Fatihah selalu berasa cemburu dengan Aira. Selain disebabkan wajah Aira yang cantik dan mampu menarik perhatian ramai lelaki, Aira juga seorang yang bijak dan sentiasa menjadi Top 1 dalam kalangan accountant di syarikat itu. She is definitely beauty with the brain. Manakala dia pula sentiasa berada di tangga kedua selepas Aira.

Aira hanya diam mendengar kata-kata mereka. Yang sebenarnya dia sudah sedia maklum akan hal ini oleh Encik Kamal semasa meeting. Lagipun dia hanya berurusan atas sebab kerja, tak pernah terfikir hendak kenal-kenal dengan lelaki yang menjadi sebutan itu.

"Tak kisah la siapa pun dia, cukup dia jalankan tangungjawab dia dan amanah sebaik mungkin" Dia sudah biasa terima perlian daripada Fatihhah cuma dia malas nak layan. Nanti tahu la senyap sendiri.

"Lagipun fatihah, kalau kau nak sangat berurusan dengan anak tengku tu, baik kau mula kerja betul-betul dari sekarang. Mana tahu rezeki kau pula untuk dapat masuk team projek dengan The Legacy kan" balas Aira tenang sambil mengukir senyuman penuh makna.

Semua orang tahu bagaimana Fatihah sentiasa cuba nak caras position Aira namun tidak pernah berjaya. Hal ini kerana dia hanya membuat kerja halai balai dan menggunakan penampilan seksinya untuk menggoda pihak atasan.

"Takpelah Kak kiah, Aira masuk dulu ya" pamit Aira sebelum menyambung langkahnya ke bilik pejabatnya. Fatihah pula mendengus kasar mendengar kata-kata perlian Aira itu.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now