Bab 61

14.2K 533 25
                                    

Tengku Adriel terjaga di waktu malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Adriel terjaga di waktu malam. Tergiang-ngiang suara ceramah ustaz yang didengari sebelum ini. Boleh jadi Tuhan gerakkan hati kita utuk bangun supaya kita bersujud dan meminta kepadaNya. Kepala ditoleh ke arah isterinya yang terlena pulas di atas katil hospital.

Selepas kejadian Aira cuba mengelar nadinya tadi, Aira menangis sampai tertidur akibat keletihan. Penat menangis.

Dia terus bagun dari pembaringannya dan tandas dituju. Selepas mengambil wuduk, sejadah dihampar menghala ke kiblat. Tengku Adriel solat sunat tahajud dan taubat dengan penuh kusyuk.

Selepas mengaminkan bacaan doa, dia termenung sambil memikirkan kata-kata doktor tadi.

"Macam mana keadaan isteri saya doktor?" Soal Tengku Adriel yang berada didalam bilik doktor.

Doktor menarik nafas dalam. Dia serba salah untuk memberitahu keputusan ujian darah Aira yang baru dikeluarkan. Tapi dia sebagai doktor mestilah professional dalam setiap kerjanya.

"Berdasarkan keputusan ujian darah, kami dapati Puan Aira positif dadah."

DUG!

Allahukabar, dugaan apa lagi ni?

"D-dadah? But how?" Nafasnya terasa sesak.

Doktor mengeluarkan botol ubat penenang yang diberikan Tengku Adriel untuk diperiksa. Kemudian dia mengeluarkan pula sebiji ubat berbentuk pil dari dalam botol.

"Bahagian pharmacist dah sahkan kandungan ubat ini ialah dadah halusinogen. Halusinogen adalah jenis dadah yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga amat susah membezakan yang benar dan yang tidak. Jika diambil dalam dos yang tinggi, bahan-bahan ini akan menyebabkan halusinasi. Puan Aira mesti ada satu masa dia bermimpi tapi kesan dadah ini menyebabkan apa yang terjadi dalam mimpi seakan benar dimatanya." Terang doktor dengan panjang lebar. Dia cuba menggunakan bahasa yang mudah difahami supaya Tengku Adriel lebih faham tentang keadaan isterinya.

"Selain itu pengguna dadah halusinogen ini akan mengalami perubahan tingkah laku luar jangkaan ataupun perubahan mood yang luar biasa. Emosi mereka menjadi tidak stabil dan kerap juga dihantui oleh pengalaman-pengalaman buruk yang pernah dialami mereka. Ada masa-masanya keadaan mereka seolah-olah orang yang tidak waras sepertimana kumpulan ubat-ubatan halusinasi dan penekan. Dadah halusinasi bertindak terus kepada otak dan minda untuk mencetuskan kesan-kesan berkenaan sepertimana yang saya sebutkan tadi." Sambung doktor lagi.

"Jadi apa yang saya patut buat untuk pulihkan isteri saya macam dulu balik?"

"Buat masa sekarang kami kena selalu pantau keadaan Puan Aira dari semasa ke semasa. Tapi saya nak ingatkan Puan Aira berkemungkinan akan jadi ketagih dengan dadah ni."

Gulp! Terasa kesat air liur Tengku Adriel di kerongkong.

Dia mengangguk perlahan. Tangannya dikepal. Kalau dia dapat siapa yang cuba aniaya isteri dia sampai macam ni, memang mati orang tu dia kerjakan.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now