Bab 12

16.2K 583 8
                                    

"Kahwin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kahwin. Dengan. Saya." Aira menyebut satu persatu dengan jelas. Dengan segala keberanian yang dikutip, matanya bertentang dengan mata Tengku Adriel namun tidak lama, dia terus melarikan pandangannya.

Tengku Adriel terdiam mendengar kata-kata Aira. Otak masih ligat memproses ayat yang baru dituturkan sebelum akhirnya dia bersuara.

"What prank are you trying to pull this time?" Senyuman sinis terukir dibibir Tengku Adriel.

"Bukan, saya.." belum sempat Aira ingin menjawab, kata-katanya dicantas oleh Tengku Adriel.

"What a shameful act. Lepas apa yang kau buat dekat aku 5 tahun lepas, then kau datang sini semata-mata nak ajak aku kahwin? Why so suddenly? Sebab kau dah tahu aku pewaris The Legacy? Tch! Aku tak sangka rupanya kau ni jenis mata duitan." Terdiam Aira mendengar kata-kata pedas dan hinaan dari Tengku Adriel.

Ya 5 tahun dah banyak ubah Adriel yang dia kenal dulu. Adriel yang Aira kenal tidak pernah mengeluarkan kata-kata sinis kepadanya.

'Lepas apa yang kau buat, apa lagi yang kau nak harap, Aira' Aira mengutuk dirinya sendiri kerana dia tahu ini juga berpunca darinya sendiri.

Aira tersenyum kelat. Dia tahu lelaki ini tidak akan bersetuju dengan mudah namun jauh disudut hati, Aira mengharapkan Tengku Adriel dapat membantu dia keluar dari masalahya sekarang.

"Maaf awak.. er Tengku. Saya tahu benda ni sangat tiba-tiba tapi.. saya sendiri dah buntu untuk cari jalan penyelesaian keluar dari masalah ini." Aira pandang Tengku Adriel dengan wajah yang penuh berharap. Dia sendiri pun kalau boleh tak mahu libatkan lelaki ini tapi selama 24 tahun dia hidup, Aira tak pernah ada mana-mana kawan lelaki selain Tengku Adriel Iskandar.

"Masalah apa? Kau mengandung anak jantan mana sampai desperate nak jadikan aku pak sanggup?!" Selar Tengku Adriel. Rahangnya diketap. Aira yang dia kenal dulu sangat menjaga maruah diri. Hati masih menidakkan apa yang bermain di fikirannya sekarang.

"Jadi itu apa yang awak fikirkan tentang saya? Awak tahukan saya takkan sesekali buat benda terkutuk macam tu" bergetar suara Aira menandakan dia terasa hati dengan tuduhan tidak berasas Tengku Adriel.

Tengku Adriel tersenyum sinis. "Who knows? 5 tahun bukan masa yang singkat. Dulu pun kau boleh tuduh aku rogol kau, tak mustahil sekarang kau sendiri boleh jual badan kau kat mana-mana jantan" sekali lagi lisan Tengku Adriel mengkhianati hatinya. Bukan niatnya namun rasa kecewa terhadap Aira yang mendorongnya berbicara begitu.

Terpejam rapat mata Aira mendengar setiap patah kata Tengku Adriel. Selama 5 tahun, dia sentiasa dibayangi dengan khilafnya dulu. Tak pernah sehari pun dia lupa akan hal itu, selagi masih diberi nyawa dia akan tanggung rasa bersalah ini sampai mati. Walaupun hakikat yang sebenarnya dia terpaksa melakukan itu. Tapi tak seharusnya Adriel yang menjadi mangsa untuk kepuasan hati orang lain.

"Saya minta maaf. Saya tahu semuanya sudah terlambat tapi selagi Allah masih pinjamkan nyawa untuk saya bernafas di muka bumi ni, saya tak akan berhenti memohon kemaafan dari awak, Adriel. Kalau awak nak saya melutut dan bersujud pun saya sanggup sebab khilaf saya sendiri" ucap Aira sayu.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now