Bab 3

19.3K 682 17
                                    

Aira memakirkan kereta di kawasan rumah teres 2 tingkat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aira memakirkan kereta di kawasan rumah teres 2 tingkat. Sekali sekala dia akan pulang untuk melawat ibu tiri dan kakak tirinya dirumah itu. Walapun sentiasa dilayan acuh tak acuh, tapi Aira tetap pulang kerana rumah ini juga merupakan satu satunya kenangan bersama arwah ibu dan ayahnya.

"Assalamualaikum" Aira memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah.

Mak Siti yang tengah mengemas dapur terdengar orang memberi salam dari pintu utama dan dia terus bergegas untuk menyambut tetamu.

"Waalaikumussalam Aira" jawab Mak Siti sambil tersenyum. Mak Siti ialah pembantu rumahnya yang telah berkhidmat di rumah itu sejak Aira masih kecil.

Aira lantas menyalam tangan Mak Siti. Dia juga sudah menganggap Mak Siti sebagai keluarganya memandangkan Mak Siti yang menjaganya sejak dia kecil.

"Mak Siti apa khabar? sihat?" tanya Aira sopan sambil memandang wajah tua Mak Siti. Sejak kecil, Mak Sitilah tempat dia bekongsi segala duka dan lara. Mak Siti juga yang selalu memujuk dan merawat luka Aira apabila dia dimarahi dan dipukul oleh Puan Leha. Tak terbalas jasa Mak Siti terhadapnya.

"Alhamdulillah, Mak Siti sihat. Macam selalu la sakit-sakit badan bila umur dah naik" jawab Mak Siti tersenyum. Mata memerhati wajah cantik Aira.

Tidak dinafikan Aira mempunyai wajah yang sangat cantik. Kening yang sedia terbentuk dan bulu mata natural lentik bersama sepasang mata bulat. Hidung mancung dan bibir nipis berwarna merah delima. Kecantikan dan kelembutannya diwarisi dari arwah ibu Aira.

Terdengar derapan langkah menuruni anak tangga, Aira terus mengalih pandangan ke arah tersebut. Melihat Aira berada dirumah, Puan Leha menjulingkan mata sambil mendengus kasar. Balik pula budak sorang ni.

Perlahan-lahan Aira melangkah menghampiri Puan Leha, tangan disua untuk menyalam Puan Leha. Walaupun tidak disambut, Aira tetap memberikan senyuman manis kepada ibu tirinya tanda menghormati wanita itu.

"Erm... Makcik sihat?" tanya Aira perlahan. Terukir senyuman nipis di bibirnya.

"Hm, kau tak payah nak tunjuk baik kat sini. Dah alang-alang kau balik ni, tu.. baju aku dengan Dania ambik basuh. Jangan berani nak mengelat!" arah Puan Leha dengan bibirnya memuncung menunjukkan arah biliknya di tingkat atas.

Tanpa menghiraukan Aira, Puan Leha terus bergerak menuju ke dapur untuk makan tengahari.

Aira tersenyum kelat. Ya, hidup seorang Aira Fardella umpama seorang cinderella yang selalu dibuli ibu dan kakak tirinya. Mak Siti menepuk bahu Aira tanda menyuruhnya bersabar.

"Takpa, Aira kan baru balik. Kalau Aira penat, Aira masuklah bilik rehat dulu. Soal baju Puan dan Dania, Mak Siti boleh basuhkan." ujar Mak Siti sambil memandang sayu wajah Aira. Dia tahu macam mana layanan yang diterima oleh Aira sepanjang dia bekerja tapi dia juga tidak mampu berbuat apa-apa kerana dirinya hanyalah seorang pembantu dirumah itu.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now