Bab 17

16.9K 566 3
                                    

"Tak guna!! Berani budak hingusan tu rampas bakal isteri aku!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tak guna!! Berani budak hingusan tu rampas bakal isteri aku!"

Terenjut bahu Puan Leha apabila Dato Imran menepuk kuat meja kerjanya. Dato imran berada di luar negara selama sebulan atas urusan kerja. Pulang saja ke Malaysia, dia dikejutkan dengan berita perkahwinan Aira dengan Tengku Adriel. Mukanya menjadi bengis sambil mata mencerlung ke arah Puan Leha.

'M-maaf Dato, saya tak ada pilihan lain. Tengku Adriel ugut akan sumbat saya ke penjara kalau saya teruskan rancangan kita. Dia juga siap bagi cek utuk saya bayar semua hutang Dato"  jawab Puan Leha tergagap. Dia berasa gerun melihat sisi Dato Imran yang ini. Manakala, anaknya Dania disebelah juga membuat muka tidak puas hati.

Dia cemburu dengan adik tirinya yang dapat berkahwin dengan pewaris The Legacy. Tambahan pula, lelaki itu adalah lelaki yang sama pernah dianiayainya. Dulu, dia hanya sukakan Tengku Adriel kerana wajah kacak lelaki itu. Tak pernah dia tahu rupanya Adriel itu merupakan anak Tengku dan bapanya pemilik The Legacy, syarikat terkenal di Malaysia. Kalau dia tahu dari awal, pasti dia akan berusaha pikat sampai Tengku Adriel jadi miliknya. Bodoh kau Dania!

"Alah, setakat budak comot macam Aira tu bukannya bawa untung pun. Dato boleh dapat perempuan yang lagi elok dari dia tu" sambung Puan Leha cuba nak sedapkan hati Dato Imran.

"Dia memang tak bawa untung tapi dia boleh bagi kepuasan dekat aku" balas Dato Imran dengan senyum gatalnya manakala Puan Leha dan Dania pula menjulingkan mata keatas. Benci sungguh dekat budak Aira tu. Habis rosak plan mereka nak kikis Dato Imran!

Dato Imran sudah membayangkan untuk memiliki tubuh Aira yang dijaga rapi itu tapi rancangannya musnah disebabkan Tengku Adriel Iskandar. Dan dia baru saja dapat tahu bahawa lelaki itu juga merupakan pewaris kepada musuh utamanya dalam peniagaaan. Nice, Dato Imran tersenyum senget. Dia mula merangka rancangannya untuk membalas dendam kepada Tengku Adriel. Sebelum ini dia cuba menjatuhkan The Legacy namun rancangannya selalu gagal. Nampak saja Tengku Azzam itu seorang yang tenang tapi dalam diam, he's always one step ahead!

"ARGHHH! Bodoh betul!!" jeritnya sambil meraup kasar rambut yang sudah beruban itu.

"Tengku Adriel Iskandar, hari ni hari kau. Next time kau tunggu nasib kau pula nanti" kata Dato Imran dengan mengukir senyuman jahat seakan Tengku Adriel berada dihadapannya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now