Bab 59

13.6K 570 25
                                    

Aira bangun tika merasakan dirinya resah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aira bangun tika merasakan dirinya resah. Lantas dia terus mencapai botol ubat di meja kecil sebelah katilnya. Dua biji dia telan sekaligus sebelum air kosong diteguk. Dia tak tahu kenapa tapi ubat tu berikan ketenangan kepadanya. Doktor dah pesan jangan ambilt terlalu banyak sebab takut ada side effect di depan hari. Tapi dia tak peduli. Sejak dia makan ubat tu beberapa hari yang lepas, dia jadi ketagih dan ubat tu juga bagi ketenangan yang dia tak pernah rasa selama 24 tahu dia hidup ini.

Tapi dia terpaksa makan sorok-sorok. Kalau Tengku Adriel tahu dia ambil berlebihan, mahu disorok pula ubat tu dari dia.

Tiba-tiba dia perasan sesuatu apabila tubuhnya terasa sejuk. Terbuntang matanya melihat dirinya tanpa seurat benang dan hanya dibalut dengan selimut. Dia rasa nak meletup. Mukanya memerah menahan kemarahan.

Sampai hati suaminya...

Tengku Adriel turut tersedar kerana pengerakan kecil isterinya disebelah. Bibir menguntum senyuman.

"Sayang abang." Panggilnya sambil mengeratkan pelukan di tubuh isterinya.

Aira yang sejak tadi menahan dirinya akhirmya melepaskan esakan kecil. Terkejut Tengku Adriel mendengar suara isterinya yang menangis itu. Dia bingkas bangun dari pembaringannya.

"Sayang, kenapa ni? Kenapa menangis?" Soalnya dengan cemas. Dia terlalu kasar ke semalam? Damn, tapi rasanya dia dah sehabis lembut sebab tak mahu menyakiti isterinya.

Mendengar suara suaminya lagi membuatkan esakannya bertambah kuat. Tengku Adriel garu kepalanya yang tidak gatal, dia pun buntu sebab tak tahu punca Aira menangis.

"Sayang stop crying. Okey bagitahu abang, kenapa sayang menangis? Abang ada buat salah ke?" Soal Tengku Adriel dengan nada yang lembut. Selimut dibetulkan ditubuh isterinya bagi menutup bahagian yang terdedah.

Aira berhenti menangis sebelum pandangan menghala ke arah Tengku Adriel. Dia kesal. Dia marah. Dia rasa nak meletup sekarang. Giginya diketap sambil memandang tajam suaminya.

"Sampai hati abang ambil kesempatan dekat Aira semalam! Aira tak sangka abang sanggup buat Aira macam ni! Abang cakap nak tunggu Aira sembuh dulu tapi semalam..." Aira terus menghamburkan tangisannya. Dia terus memukul dada Tengku Adriel yang tidak berbaju itu berkali kali untu melepaskan kemarahannya.

Manakala Tengku Adriel tercengang. Semalam Aira sendiri yang nak kan? Cara Aira cakap macam dia yang paksa isterinya semalam. Sumpah dia tak faham dengan apa yang diinginkan isterinya sekarang.

"Sayang..." Tengku Adriel memegang kejap kedua belah tangan Aira menghentikan perbuatan isterinya.

"Calm down sayang, please calm down..." ujar Tengku Adriel dengan nada yang lembut. Dia masih boleh bersabar.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now