Bab 54

13.6K 503 17
                                    

Berkat sokongan kuat suami dan ibu bapa mertuanya, Aira semakin pulih dari penyakit depresinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Berkat sokongan kuat suami dan ibu bapa mertuanya, Aira semakin pulih dari penyakit depresinya. Masa mula-mula doktor datang ke rumah untuk melihat keadaan Aira, tak mudah untuk Aira berkongsi apa yang dia rasa. Dia lebih kepada takut untuk bercakap dengan orang luar. Tapi Tengku Adriel sentiasa berada disampingnya, memeluknya apabila Aira berasa takut, tenangkan Aira yang kadang kala rasa nak memberontak dan memujuk Aira bila isterinya itu menangis.

Dan berkat kesabaran dan doa seorang suami yang tak putus-putus itu juga buatkan Aira perlahan lahan terbuka hati untuk terima rawatan itu. Walaupun Aira bukan lagi berada di tahap yang serius, tapi doktor juga ada bekalkan ubat penenang bila Aira kerap berhalusinasi di malam hari.

Selepas seminggu, Aira sudah beransur normal seperti dulu. Dia dah mula reda dengan takdir hidupnya.

Aira tersedar dari lena. Jam dikerling sekilas dan baru menunjukkan pukul 12 malam. Selepas makan malam tadi, dia makan ubat dan kesan ubat itu membuatkan dia tertidur awal. Aira berpusing pula ke sebelah. Kosong.

Dahi Aira berkerut apabila menyedari suaminya tak ada dalam bilik.

Dia... sendiri?

Adriel... tinggalkan dia?

Aira pandang sekeliling bilik tidur mereka yang malap. Tiba-tiba rasa seram sejuk. Tangan naik mengusap lengannya pula.

"Abang..." panggil Aira perlahan. Kalau kaki dia boleh berjalan, dah lama dia keluar dari bilik dan cari suaminya.

Tubir matanya terasa hangat.

"Abang..." panggil Aira lagi. Suaranya bergetar dan matanya dipejam.

Tengku Adriel yang baru membuka pintu bilik terkejut melihat isterinya yang duduk dalam posisi memeluk tubuh sambil menundukkan wajah. Dia lantas melangkah dan naik ke katil. Bahu Aira disentuh lembut.

"Sayang"

Aira tersentak sebelum pandangannya diangkat memandang riak wajah Tengku Adriel yang risau. Bibirnya dicebik.

"Eh sayang, what's wrong? Sayang sakit kat mana-mana ke? atau sayang nak apa-apa?" soal Tengku Adriel dengan gelabah. Tangan naik memeluk tubuh kecil Aira manakala sebelah tangan lagi mengusap sisi wajah cantik Aira.

"Abang pergi mana? Aira terjaga lepastu tengok Aira sorang-sorang dalam bilik. Abang tak ada..."

Tengku Adriel menepuk dahi.

"Abang turun bawah sekejap minum air tadi. Abang tak tahu sayang terjaga tadi. Kalau tahu abang tak turun dah tadi, biar je tekak abang kering sampai esok pagi." seloroh Tengku Adriel membuatkan Aira naik geram.

"Eee abang perli Aira!" perut suaminya dicubit. Bibirnya pula memuncung.

Tengku Adriel menghamburkan tawanya sebelum mencuit bibir muncung isterinya.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (C)Where stories live. Discover now